99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Gaya Hidup Rendah Karbon Jadi Trend Belia China

Kini, semakin ramai belia di China yang mengamalkan gaya hidup rendah karbon, dengan memilih untuk menggunakan kereta elektrik, pengangkutan awam, dan produk yang mempunyai tanda rendah karbon.

Kebangkitan Pasaran Rendah Karbon

Gambar ini diambil pada 22 April 2024, memaparkan fonkepala tanpa wayar karbon sifar, iaitu Cleer ARC 3 yang dihasulkan oleh Syarikat Elektronik Grandsun Shenzhen di Provinsi Guandong, selatan China. (Xinhua/Li Sijia)

Gambar ini diambil pada 22 April 2024, memaparkan fonkepala tanpa wayar karbon sifar, iaitu Cleer ARC 3 yang dihasulkan oleh Syarikat Elektronik Grandsun Shenzhen di provinsi Guangdong, selatan China. (Xinhua/Li Sijia)

Banyak syarikat China kini cuba memenuhi kehendak pelanggan yang semakin mengambil berat terhadap cap kaki karbon masing-masing.

Pada Isnin, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Shenzhen melancarkan fonkepala tanpa wayar sifar karbon. Dihasilkan oleh Syarikat Elektronik Grandsun Shenzhen, produk Cleer ARC 3 tersebut mendapat pensijilan karbon neutral dengan memanfaatkan sepenuhnya bahan-bahan boleh kitar semula, tenaga hijau, dan peralatan yang penggunaan tenaganya rendah.

Presidennya, Wu Haiquan, berkata bahawa pihaknya mendapat inspirasi daripada matlamat rendah karbon negara yang menyasarkan kemuncak pelepasan karbon pada 2030, seterusnya merealisasikan neutral karbon menjelang 2060.

Foto sudut udara ini diambil pada 8 Januari 2024, memperlihatkan pengecasan kenderaan tenaga baharu di stesen pengecasan di Kaunti Changsha, Provinsi Hunan, tengah China. (Xinhua/Chen Zhenhai)

Foto sudut udara ini diambil pada 8 Januari 2024, memperlihatkan pengecasan kenderaan tenaga baharu di stesen pengecasan di bandar Changsha, provinsi Hunan, tengah China. (Xinhua/Chen Zhenhai)

Kini, China telah menjadi pasaran terbesar bagi kenderaan eletrik baharu (NEV), dengan jualan domestik berjaya mencecah sehingga 8.29 juta unit pada tahun lalu.

“Sekiranya pengguna telah membeli kereta elektrik dan peti sejuk yang melepaskan (karbon) lebih sedikit, jadi ia bukan lompatan besar bagi mereka untuk memilih peranti lain yang cap kaki karbon lebih kecil,” ujar Wu.

Gaya Hidup Rendah Karbon

Hellobike, salah satu syarikat terkemuka basikal kongsi di China berkata perkhidmatannya kini mencakupi lebih daripada 500 bandar di China dengan pengguna berdaftar sudah melepasi 600 juta orang.

Menjelang akhir tahun 2023, Hellobike merekodkan jarak kayuhan keseluruhan sejauh 42 bilion kilometer, yang bersamaan dengan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 1.9 tan.

Gambar deretan basikal kongsi Hellobike dan orang awam yang menunggangnya di Beijing, ibu negara China, pada 22 April 2024.

Gambar deretan basikal kongsi Hellobike dan orang awam yang menunggangnya di Beijing, ibu negara China, pada 22 April 2024.

“Pengguna tegar kami berumur di antara 20 dan 45 tahun, dengan penggunaan utama mereka adalah untuk ulang-alik, bersambung dengan pengangkutan awam, serta hiburan dan santai,” ujar Naib Presiden Hellobike, Chu Yiquan.

Difahamkan, generasi muda telah memperlihatkan minat khusus terhadap gaya hidup rendah karbon.

Memetik tinjauan Jaringan Tindakan Iklim Belia China pada 2020, 95 peratus mahasiswa yang diwawancara berumur di antara 18 dan 24 tahun telah menyokong gaya hidup rendah karbon, sementara 62 peratus daripada mereka sanggup membayar harga lebih mahal bagi melindungi alam sekitar.

Video

Berita Berkaitan