99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

IEA: Pelepasan Karbon Global Turun Berkat Meningkatnya Penggunaan Tenaga Bersih

(CRI)Isnin 04 Mac 2024

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengeluarkan satu laporan pada 1 Mac lalu berhubung pelepasan karbon dioksida bagi tahun 2023 yang berbunyi bahawa kadar pertumbuhan pelepasan karbon dioksida berkaitan penggunaan sumber tenaga dalam senario global bagi tahun 2023 merekodkan paras yang lebih rendah daripada tahun 2022, berkat transformasi dalam penggunaan tenaga bersih seperti tenaga suria, angin dan nuklear serta perkembangan pesat pelbagai teknologi seperti kenderaan elektrik.

Pada hari yang sama, IEA mengeluarkan lagi satu laporan tentang pengawasan terhadap pasaran sumber tenaga bersih. Menurutnya, China terus gah dalam menerajui landskap penggunaan teknologi tenaga sumber bersih di persada dunia, manakala 90% loji jana kuasa elektrik berdasarkan penggunaan fotovoltaik (PV) dan tenaga angin yang baharu dibina pada tahun 2023 adalah di entiti ekonomi maju dan China, yang juga menyumbang 95% penjualan kenderaan elektrik dalam pasaran global.

Walau bagaimanapun, masyarakat antarabangsa masih perlu giat menambah pelaburan dan perancangan sumber tenaga bersih di entiti ekonomi yang baharu muncul dan sedang membangun.

Video

Berita Berkaitan