99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pembeli Asing Diharap Perincikan Pelaksanaan Projek dalam Pasaran China: PM LI

(CRI)Jumaat 19 April 2024

Perdana Menteri China Li Qiang meluahkan harapan agar golongan pembeli asing terus memperincikan pelaksanaan projek mereka dalam pasaran China, sekali gus menjadi duta muhibah dalam membantu rakyat China dan rakyat asing meningkatkan persefahaman dan kebersamaan, serta mengenali hati budi masing-masing.

Li berkata demikian ketika berucap dalam sesi perbincangan dengan perwakilan pembeli asing yang menyertai Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-135 di Guangzhou pada Rabu.

Dalam sesi itu, seramai 6 orang wakil pembeli asing tampil memperkenalkan pengalaman mereka dalam memperkasakan kerjasama dengan China melalui Canton Fair.

Mereka berkeyakinan penuh terhadap prospek pembangunan ekonomi China, dan meluahkan kesediaan untuk terus memperluas perniagaan mereka di China menerusi platform Canton Fair, yang dilihat sejajar dengan perdagangan bebas dan kestabilan rantaian bekalan global.

Li menegaskan, China akan terus melonggarkan akses pasaran, menyeragamkan layanan untuk perusahaan yang dibiayai modal asing, bersungguh-sungguh melindungi hak dan kepentingan milik perusahaan modal asing di China.

Sementara, kerajaan akan bertindak lebih pantas dalam mempermudah pertukaran keanggotaan perniagaan antarabangsa, dan membantu pemastautin asing yang bertugas di China menjalani kehidupan yang lebih mudah.

Video

Berita Berkaitan