99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Mahu Manfaatkan Kelebihan Pasaran Besar

(CRI)Jumaat 03 Februari 2023

China akan memanfaatkan kelebihan saiz pasaran yang sangat besar pada tahun ini, selain meningkatkan import produk berkualiti dari negara lain.

Demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Negeri Kementerian Perdagangan China (MOFCOM), Li Xingqian dalam sidang media pada Khamis.

Di sebalik impak negatif pelbagai unsur di luar jangkaan, jumlah import dan eksport China mencipta rekod tertinggi dengan menokok RMB40 trilion (RM26.7 trilion) pada 2022.

“Perkembangan perdagangan luar menghadapi kesukaran pada masa ini ekoran risiko kemelesetan dalam ekonomi global semakin meningkat, permintaan luaran bergerak perlahan dengan ketara, selain rantaian bekalan antarabangsa yang menyaksikan penstrukturan semula.

“Dengan ini, usaha diperlukan untuk menstabilkan skala dan memperbaiki struktur perdagangan luar untuk memastikan eksport dapat berperanan sebagai tunjang ekonomi negara,” kata Li.

Tegas beliau, China akan menggalakkan siri pameran perdagangan domestik diadakan secara fizikal, termasuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), serta Pameran Import dan Eksport China dan Pameran Teknologi Tinggi China (CHTF).

Kata Li, ia adalah untuk meningkatkan perkembangan format perdagangan luar baharu yang meliputi e-dagang rentas sempadan dan gudang luar negara bagi memperkukuh daya saing perdagangan luar.

Untuk rekod, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) di China kekal meningkat pada 2022, dengan mencatat RMB1.2 trilion(RM760 bilion), secara tidak langsung mencipta rekod baharu dalam sejarah, selain turut mengungguli tangga di dunia.

Pegawai Jabatan Pentadbiran Pelaburan Asing MOFCOM, Meng Huating berpendapat, banyak pertubuhan antarabangsa meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China pada 2023 baru-baru ini.

Beliau berkata, kaji selidik juga menunjukkan kebanyakan syarikat asing di China mempunyai keyakinan penuh terhadap prospek pertumbuhan ekonomi di negara ini.

"China yang mempunyai populasi 1.4 bilion merupakan pasaran penggunaan kedua terbesar di dunia.

“Perluasan skala pasaran akan memberikan dorongan kuat kepada pedagang asing untuk melabur di negara ini,” kata Meng. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan