99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Saintis China Perhati Mod Graviton Buat Kali Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 April 2024

Mod graviton kiral pemproban cahaya dalam kuantum pecahan cecair kesan Hall. (foto/Akaun WeChat rasmi Universiti Nanjing)

Mod graviton kiral pemproban cahaya dalam kuantum pecahan cecair kesan Hall. (foto/Akaun WeChat rasmi Universiti Nanjing)

Buat julung-julung kalinya, para saintis China membuat perhatian terhadap mod graviton, iaitu analog jirim mampat bagi graviton, yang juga penemuan penting bagi memahami fizik kuantum berkorelasi baharu.

Dinakhodai oleh Du Lingjie dari Universiti Nanjing, pasukan penyelidik menghabiskan lebih tiga tahun untuk menghasilkan reka bentuk dan memasang radas eksperimen yang menggunakan resonan cahaya terkutub bulat serakan tak-kenyal, bagi mengkaji pengujaan pecahan kolektif tenaga rendah cecair kuantum Hall dalam telaga kuantum galium arsenida.

Mod graviton dalam cecair kuantum Hall pecahan dimanifestasikan sebagai kiral spin-2 magnetoroton panjang gelombang panjang.

Untuk rekod, hipotesis boson spin-2 telah dikeluarkan seawal tahun 1939, dan ia kelihatan serupa dengan graviton.

Du dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Xinhua menyatakan bahawa, graviton adalah sepadan dengan gelombang graviti, dengan yang terakhirnya telah disahkan menerusi eksperimen, manakala graviti pula tidak diperhatikan secara langsung.

“Graviton adalah hasil gabungan relativiti am dan mekanik kuantum. Sekiranya kewujudan zarah misteri ini dapat disahkan, ia mungkin membantu untuk mencapai penyatuan dua teori utama ini, iaitu sangat penting bagi fizik kontemporari,” ujarnya lagi.

Difahamkan, penemuan itu diterbitkan dalam majalah Nature, pada 27 Mac.

Video

Berita Berkaitan