99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rahsia China, Pengeluar 90% Abalon Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 21 Februari 2024

(photo/IC)

(photo/IC)

Sejak purbakala, abalon telah menjadi bahan makanan kegemaran orang China. Negara yang bekalan abalonnya dahulu bergantung pada import, kini menyumbang hampir 90% daripada pengeluaran abalon sedunia. Jenis-jenis abalon kacukan yang dibiakkan oleh Universiti Xiamen telah memainkan peranan penting yang membawa kepada perkembangan tersebut.

You Weiwei, profesor di Sekolah Sains Lautan dan Bumi di Universiti Xiamen, memperkenalkan bahawa kaedah pembiakan abalon serupa dengan kerang lain seperti kerang sungai. Abalon dewasa melepaskan sperma dan telur ke dalam air untuk persenyawaan di luar badan. Jadi, abalon merupakan spesies yang sangat mudah terjejas di alam liar.

Pada 1970-an, saintis China berjaya membiakkan abalon secara buatan. Sejak pertengahan hingga akhir 1990-an, saintis China mula mengkaji biologi dan pembiakan abalon.

Usaha ini membuahkan hasil pada 2009 dengan penemuan jenis abalon terbaik yang dinamakan “Dongyou No.1”. Spesimen induk jantan berasal dari Taiwan, China, sementara induk betina pula dari Tokyo, Jepun. Kadar survival dalam proses pembiakan mencapai 70%.

Menerusi usaha yang tidak putus, saintis China kemudiannya membangunkan jenis “abalon Xipan” yang lebih tahan suhu tinggi dan “abalon Lupan” yang lebih besar.

Dengan bantuan penyelidikan saintifik, industri pembiakan abalon di China berkembang pesat, dan kini menyumbang hampir 90% pengeluaran abalon sedunia.

Video

Berita Berkaitan