99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Fasa II Platform Bersepadu “Deep Sea No. 1” Siap

Fasa II Platform Bersepadu “Deep Sea No. 1” Siap
Fasa kedua platform pemprosesan bersepadu Deep Sea No.1 yang dibangunkan di kawasan perairan laut Yacheng, provinsi Hainan, telah siap seluruhnya. (People's Daily Online/Bi Songyu)

Fasa kedua platform pemprosesan bersepadu Deep Sea No.1 yang dibangunkan di kawasan perairan laut Yacheng, provinsi Hainan, telah siap seluruhnya.

Projek fasa kedua ini membabitkan pembinaan struktur luar bahagian bawah dan kemudahan pengeluaran di sebelah atas, dengan ketinggian kira-kira 136 meter dan berat keseluruhan melebihi 14,000 tan.

Prasarana baharu ini penting peranannya dari segi penyaluran masuk dan pemprosesan minyak dan gas air dalam.

Antaranya, berat bahagian kemudahan pengeluaran atas melebihi 7,500 tan, dan kawasan panel dek yang dirancang pula bersamaan keluasan 5 gelanggang bola keranjang standard.

Untuk memastikan ketahanan daripada angin taufan kuat, struktur luar bahagian bawah dibina lebih 100 meter tinggi, dengan 12 cerucuk keluli yang dipasang sedalam 105 meter di bawah dasar laut.

Medan air atmosfera ultra-dalam Deep Sea No.1 yang mula beroperasi pada Jun 2021, disahkan mengandungi rizab geologi tidak kurang daripada 100 bilion meter padu gas asli. Medan tersebut merupakan medan luar pesisir seumpama yang paling dalam dan paling mencabar untuk diteroka dan diusahakan sendiri di China pada masa ini.

Selepas mulanya operasi fasa kedua projek, rizab medan air atmosfera ultra-dalam Deep Sea No.1 akan meningkat daripada 100 bilion meter padu kepada 150 bilion meter padu. Pengeluaran tahunan juga naik daripada 3 bilion meter padu kepada 4.5 bilion meter padu.

Video

Berita Berkaitan