99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Lampu Isyarat Reda Kesesakan Unta di Destinasi Popular

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 Februari 2024
Lampu Isyarat Reda Kesesakan Unta di Destinasi Popular
Pelancong menunggang unta di tapak peranginan Gunung Mingsha dan Mata Air Yueya di Dunhuang, provinsi Gansu, pada 15 Februari. (Xinhua/Zhang Xiaolong)

Bermandikan kilauan cahaya matahari terbenam, sederet unta yang hanya nampak bayangnya tersergam megah di atas bukit pasir dilitupi salji. Loceng yang bergantungan; deringannya membangkitkan kembali keagungan Jalan Sutera purba.

Akan tetapi, bukannya tidak bersebab unta-unta ini berdiri pegun tidak berganjak. Sebabnya agak moden — ada lampu isyarat khas untuk unta.

Isyaratnya mudah sahaja; unta merah maksudnya “berhenti” dan hijau pula menandakan “jalan”.

Begitulah keadaan sejak sedozen lampu isyarat unta dipasang di Gunung Mingsha dan Mata Air Yueya, sebuah tapak peranginan dikelilingi bukit pasir yang terletak di provinsi Gansu, barat daya China.

Lampu isyarat yang unik ini, yang tujuan asalnya untuk meredakan kesesakan lalu lintas di padang pasir itu, menarik perhatian media pada tahun lalu hingga menjadikannya satu tarikan pelancong yang popular.

Jelas Wang Youxia, timbalan pengurus besar syarikat yang bertanggungjawab mengelola operasi tapak peranginan itu, lebih 3.7 juta pelancong datang berkunjung pada tahun lalu. Sekitar 42 peratus daripada mereka memilih untuk menunggang unta.

Pertambahan signifikan yang dilihat dalam jumlah pelancong telah meningkatkan pendapatan gembala unta tempatan.

Caj untuk satu sesi menunggang unta ialah 100 yuan, dan 70 yuan daripadanya masuk ke poket pemilik unta. Pada musim panas, iaitu waktu paling sibuk, tapak peranginan itu menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 2,000 ekor unta yang khusus berada di situ untuk pelancongan. Seekor unta biasanya membuat tiga perjalanan sehari.

Zhao Wenlong, 42, seorang penternak unta yang berpengalaman. Dia tinggal di kampung Mata Air Yueya dan mempunyai 21 ekor unta. Keluarganya menjana 500,000 yuan setahun daripada aktiviti menunggang unta, tetapi dia perlu berbelanja lebih 100,000 yuan setahun untuk menjaga ternakannya.

“Keselamatan unta menjamin keselamatan pelancong,” katanya, sambil menambah bahawa dia mahu menawarkan perjalanan yang selamat dan selesa kepada semua pengunjung.

Video