99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China dan ASEAN Mampu Capai CoC: Wang Yi

(CRI)Isnin 19 Februari 2024

Menteri Luar China Wang Yi berkata pulau-pulau di Laut China Selatan adalah wilayah China sejak zaman dahulu.

Pada tahun 1960-an dan 1970-an, beberapa negara menduduki secara haram beberapa pulau dan terumbu karang China di perairan terbabit. Namun China bersabar dan mempertahankan prinsip menyelesaikan masalah melalui muafakat.

Pada 2002, China dan negara-negara ASEAN menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) demi memelihara kedamaian dan keselamatan di Laut China Selatan.

Pada masa ini, China sedang bekerjasama dengan pelbagai negara ASEAN untuk mendorong rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) supaya dokumen itu dapat dikuatkuasakan dengan secepat mungkin.

Wang Yi berkata demikian sempena menghadiri Persidangan Keselamatan Munich (MSC) pada Sabtu lalu.

Beliau menegaskan China dan negara-negara ASEAN mempunyai kemampuan dan kebijakan untuk mencapai CoC, mampu memelihara kedamaian dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan, menjamin kepentingan negara-negara lain di rantau ini.

Video

Berita Berkaitan