99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Kemboja Mahu Terus Perkasa Kerjasama Tentera

(CRI)Isnin 21 November 2022

Kemboja bergiat aktif dalam menggalakkan pemuktamadan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dan mahu bekerjasama dengan China untuk memelihara ketenteraman di perairan berkenaan.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen apabila bertemu dengan ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe di Phnom Penh pada Ahad.

Hun Sen menyifatkan hubungan ASEAN-China berada pada tahap terbaik dalam sejarah sepanjang Kemboja menyandang pengerusi bergilir ASEAN.

Beliau turut menyampaikan penghargaan atas sokongan dan bantuan yang dihulurkan angkatan tentera China terhadap pembinaan tentera Kemboja, dan berharap kedua-dua pihak terus memperkasakan kolaborasi dalam pelbagai bidang.

Wei pula berkata usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja terus melangkah ke tahap baharu di bawah bimbingan pemimpin kedua-dua negara, sementara ikatan bilateral kekal utuh biarpun mengharungi pelbagai ujian.

Menurutnya, angkatan tentera China dan Kemboja berjaya mengatasi tempias pandemik COVID-19 hingga mempergiatkan kerjasama praktikal membabitkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, pembinaan mekanisme berkenaan, latihan bersama, pembangunan modal insan dan lain-lain.

Beliau berharap tentera kedua-dua negara terus memperluas interaksi dan kolaborasi, sekali gus memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Kemboja, sambil bersama menjaga keamanan dan kestabilan serantau. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan