99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kawal Selia Lebih Ketat Tangani Manipulasi Statistik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 Januari 2024

Langkah mengenal pasti perbuatan memanipulasi statistik sebagai melanggar disiplin Parti Komunis China akan memperkukuh jaminan disiplin bagi mencegah dan menangani isu berkenaan, kata Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin.

Disember lalu, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China telah mengemas kini peraturan berkaitan tindakan disiplin parti, yang kandungan terbarunya merangkumi manipulasi statistik sebagai satu bentuk kesalahan.

NBS menekankan bahawa pemalsuan statistik merupakan contoh paling jelas bagi salah laku dalam bidang statistik. Perbuatan itu melanggar undang-undang yang berkenaan, menjejaskan kualiti data statistik, dan mengganggu malah mengelirukan proses membuat keputusan di peringkat makro.

Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China pada 2012, Jawatankuasa Pusat telah memperkenalkan satu siri peraturan dan dokumen melibatkan statistik, termasuk peraturan mengenai penyeliaan kerja bagi mencegah dan menghukum perbuatan memanipulasi statistik.

Jabatan statistik telah menubuhkan sebuah sistem yang menyasarkan matlamat tersebut, yang telah menjalankan siasatan di peringkat provinsi selain 12 jabatan awam di bawah Dewan Negara, maklum NBS.

Meskipun langkah-langkah ini telah membendung pemalsuan statistik dengan berkesan, masih lagi berlaku gangguan dalam kerja statistik oleh pegawai.

Maka, peruntukan terbaru ini memberikan jaminan disiplin yang kuat bagi mencegah dan menangani isu terbabit, kata NBS.

Menurut peraturan baharu, pegawai yang memalsukan data atau menutup mata kepada kesalahan itu akan dikenakan hukuman, bermula daripada pemberian amaran hinggalah pemecatan dari Parti.

Pegawai yang melakukan pemalsuan data akan dikenal pasti, disiasat dan diambil tindakan, dan tidak akan dibiarkan, kata NBS lagi dalam kenyataannya.

Zhang Jinghua, bekas timbalan setiausaha jawatankuasa provinsi Jiangsu yang telah disiasat pada Disember 2021, didapati mempunyai pandangan yang salah dan berat sebelah tentang pencapaian politik. Zhang juga telah memalsukan data ekonomi demi kepentingan diri dan mencampuri aktiviti ekonomi pasaran. Pada November tahun lepas, dia dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana rasuah.

Seperti yang disebut dalam peraturan berkenaan, pemalsuan data merangkumi perbuatan meminda data yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa dan kakitangan; meminta pihak berkuasa, kakitangan serta organisasi atau individu lain untuk memalsukan atau mengubah data statistik; dan melakukan campur tangan tanpa kebenaran dalam penyediaan maklumat statistik.

Pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan organisasi yang didapati berleluasanya pemalsuan dan manipulasi, dan mereka yang gagal mengesan atau membetulkan kesalahan besar dalam data statistik kerajaan dan jabatan tempatan akan dianggap telah menutup mata kepada pemalsuan statistik.

NBS menyifatkan kawal selia statistik sebagai satu bahagian penting dalam sistem pengawalseliaan Parti dan negara, juga satu fungsi asas kerajaan.

Peraturan terbabit memperkukuh kawal selia terhadap penggunaan kuasa dalam bidang statistik, dan dengan itu dapat secara tuntas membendung apa yang dikatakan “kerosakan data”.

NBS mengehendaki semua jabatan statistik di setiap peringkat menyiasat dengan ketat dan menangani kes-kes salah laku, terutamanya dalam situasi membabitkan campur tangan oleh pegawai kanan atau berlakunya manipulasi statistik oleh kakitangan.

Video

Berita Berkaitan