99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Perjalanan Cangkerang Tiram dari Pesisir Afrika Timur ke China (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 25 Januari 2024
Perjalanan Cangkerang Tiram dari Pesisir Afrika Timur ke China

Pelabuhan Quanzhou merupakan “Pelabuhan Terbesar di Timur” pada Dinasti Song dan Yuan, dengan jalan laut yang meluas dan perdagangan laut yang makmur. Ia diberikan gelaran “Kota Cahaya” oleh penjelajah bangsa Itali, Marco Polo.

Banyak kapal dagang sarat dengan sutera dan tembikar bertolak dari Xunpu, utara Pelabuhan Quanzhou, menyusuri Lautan Hindi dan menuju ke Asia Selatan, dunia Arab dan Afrika Timur.

Menginjak kaki di kampung Xunqu, dapat dilihat rumah dibina dengan cangkerang tiram dan lumpur laut. Sejak masa dulu, penduduk kampung Xunqu mencari rezeki dengan perikanan. Namun cangkerang tiram yang digunakan untuk pembinaan rumah jauh lebih besar daripada cangkerang tiram tempatan. Ini kerana ia diangkut dari pesisir laut Afrika Timur.

Selepas barang dipunggah dari kapal China di pesisir laut Afrika Timur, para pelayar akan mengutip cangkerang tiram di pantai agar berat kapal kembali ke tahap asal untuk memastikan kestabilan dalam pelayaran. Dengan demikian, cangkerang tiram dari Afrika Timur dibawa ke kampung Xunqu dan dijadikan bahan pembinaan rumah kerana sifatnya yang tahan hakisan, lalu terbinalah rumah cangkerang tiram yang unik.

Pada tahun 2022, seni bina rumah cangkerang tiram di Quanzhou tersenarai sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat provinsi.

Video

Berita Berkaitan