99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Panel Gangsa Istana Musim Panas Dipulangkan (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 12 Januari 2024
Panel Gangsa Istana Musim Panas Dipulangkan
Baoyun Ge di Bukit Panjang Umur di Istana Musim Panas. (China Daily/Wang Kaihao)

Relik gangsa yang telah lama hilang dari Istana Musim Panas di Beijing telah dipulangkan dari luar negara dan dipindahkan kembali pada Rabu.

Panel kekisi gangsa yang sepanjang 1.05 meter dan lebar sehingga 19.8 sentimeter itu pada asalnya dipasang pada tingkap Baoyun Ge (pavilion awan berharga) di perkarangan bekas resort diraja semasa Dinasti Qing (1644-1911). Namun, ia hilang pada awal abad ke-20.

Li Lei, seorang pengumpul Cina, menemui panel berkisi dalam katalog lelongan pada tahun lepas di Perancis. Li yang biasa dengan corak peninggalan kerabat diraja Qing, mengesyaki bahawa objek tersebut datang dari seni bina empayar semasa pemerintahan Qianlong (1736-95), berkemungkinan dari Istana Musim Panas.

Dia dan dua rakannya, Li Yang dan Zhang Jue membeli kekisi itu, membawanya pulang ke China, dan mendermakannya kepada Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan.

Setelah melakukan perbandingan dari sudut corak, struktur dan bahan dengan kekisi lain yang ada di situ, pakar mengesahkan bahawa komponen yang hilang itu adalah dari Baoyun Ge.

Foto lama pavilion itu, yang diambil oleh jurugambar perintis Scotland John Thomson pada tahun 1871, turut membantu mengesahkan.

"Sebagai orang biasa, adalah satu penghormatan besar untuk memberi sumbangan kepada perlindungan peninggalan budaya negara kita," kata Li Lei pada sebuah majlis pada Rabu untuk memindahkan pemilikan panel tingkap berkenaan kepada pentadbiran Istana Musim Panas.

"Saya berbangga kerana saya boleh memberitahu anak-anak saya suatu hari nanti apabila kami melawat ke sini; 'Lihat itu, ayah membawa kembali salah satu tingkapnya.'

“Bagi saya itu sudah mencukupi. Saya bukan nak mencari nama," ujarnya.

Dibina pada 1755 bersebelahan Foxiang Ge (menara kemenyan Buddha) iaitu mercu tanda dan bangunan tertinggi di Istana Musim Panas, Baoyun Ge di Bukit Panjang Umur ialah satu-satunya seni bina empayar Qing yang masih wujud serta dibina sepenuhnya menggunakan gangsa.

Menurut Wei Lijia, seorang pemulihara warisan budaya di bahagian pentadbiran Istana Musim Panas, pembinaan struktur itu menggunakan kira-kira 207 tan metrik gangsa.

Kerabat diraja Qing menggunakannya untuk upacara agama Buddha yang penting dan Maharaja Qianlong kemudiannya mengarahkan pembinaan replikanya di Mountain Resort di Chengde, provinsi Hebei.

Malangnya, replika itu telah dicerobohi dan dileburkan oleh tentera Jepun yang menyerang pada 1944 untuk membuat peluru.

Pavilion asal di Istana Musim Panas juga mengalami serangan Pasukan Perikatan Inggeris-Perancis pada tahun 1860, yang membakar dan memusnahkan banyak seni bina utama di Istana Musim Panas.

Baoyun Ge menjadi salah satu daripada artifak yang terselamat kerana struktur gangsanya walaupun bahagian dalamannya telah diceroboh.

Pada tahun 1900, hari-hari gelap kembali menyelubungi berikutan kedatangan Pasukan Perikatan Lapan Negara semasa Pemberontakan Boxer. Daripada 70 panel berkisi pada pintu dan tingkap, 31 panel kemudiannya didapati telah hilang.

Pemulihara peninggalan China telah lama mencari panel yang hilang ini. Pada 1993, Maurice Greenberg, seorang usahawan dari Amerika Syarikat telah menyumbangkan 10 tingkap, termasuk 20 panel sekembalinya ke China selepas membelinya di Paris. Panel lain telah dikembalikan oleh pakar pengesahan antik Perancis pada tahun 1995.

"Lokasi sembilan panel terakhir yang hilang masih tidak diketahui. Kami berharap jasa baik penderma dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencari dan membawa barang hilang lain pulang ke ‘rumah’ untuk pemulihan pavilion," kata Wei.

Tahun ini ulang tahun ke-110 Istana Musim Panas dibuka kepada orang ramai, dan satu siri aktiviti sambutan telah dilancarkan bersama kepulangan panel.

Video