99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Industri Hotel Malaysia Optimistik Pengecualian Visa Mampu Tingkat Kehadiran Pelancong China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 04 Disember 2023

Foto Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Malaysia yang diambil pada 8 Ogos 2020. (Xinhua/Zhu Wei)

Foto Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Malaysia yang diambil pada 8 Ogos 2020. (Xinhua/Zhu Wei)

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menjangkakan bahawa pengenalan dasar pengecualian visa selama 30 hari terhadap warga China mampu meningkatkan jumlah kemasukan pelancong negara Tembok Besar ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan, persatuan itu memberitahu bahawa China ialah pasaran yang menguntungkan dan penyumbang penting terhadap pelancongan Malaysia.

Foto pemandangan Kuala Lumpur, Malaysia yang diambil pada 8 Ogos 2020. (Xinhua/Zhu Wei)

Foto pemandangan Kuala Lumpur, Malaysia yang diambil pada 8 Ogos 2020. (Xinhua/Zhu Wei)

"Diharap dengan pengecualian ini, kami dapat memperoleh momentum yang diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan dalam pasaran ini."

"MAH bersedia dan teruja untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan kejayaan inisiatif pengecualian visa ini."

"Industri perhotelan juga bersedia untuk jangkaan lonjakan pelancong China dan melihat ini sebagai peluang untuk meningkatkan kadar pemulihan sektor hotel Malaysia dengan ketara," jelas kenyataan itu lagi.

Foto pemandangan Kuala Lumpur, Malaysia yang diambil pada 4 Mei 2020. (Foto oleh Chong Voon Chung/Xinhua)

Foto pemandangan Kuala Lumpur, Malaysia yang diambil pada 4 Mei 2020. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Malaysia mengecualikan visa selama 30 hari untuk warga China mulai 1 Disember lalu selepas diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang juga sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China tahun depan.

Video

Berita Berkaitan