- Lain-lain
Kenali Keindahan Tembikar Hitam Yunnan (6)
Foto yang diambil pada 16 November 2023 ini menunjukkan produk tembikar hitam keluaran kampung Tangman, pekan Nixi, bandar Shangri-La, daerah autonomi Tibet Diqing di provinsi Yunnan, barat daya China. (People’s Daily Online/Hu Zunhui) |
Seni membuat tembikar hitam gaya Tibet mempunyai sejarah yang sudah menjangkau lebih 2,000 tahun. Ia dilindungi sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat negara bagi kampung Tangman yang terletak di pekan Nixi, bandar Shangri-La, daerah autonomi Tibet Diqing di provinsi Yunnan, barat daya China.
Pekan Nixi, yang letaknya lebih 30 kilometer dari pusat bandar Shangri-La, signifikan dari segi sejarah kerana statusnya sebagai tempat perhentian penting di Jalan Teh-Kuda purba. Dalam bahasa Tibet, “Nixi” membawa maksud “tempat matahari terbit”.
Bentuk bumi semula jadi unik yang ada di sini, ditambah pula dengan tanah yang kaya dengan mineral, menjadikan tempat ini kawasan penting bagi penghasilan tembikar hitam. Ini termasuklah set teh, bekas wain dan peralatan memasak, yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan harian penduduk tempatan.
Pembuatan tembikar hitam melibatkan beberapa proses, iaitu mengumpul tanah liat, mengeringkan, mengayak, membuat acuan, membakar dan menggilap. Berbeza dengan pengeluaran industri barang tembikar, tembikar hitam Nixi masih lagi dibuat dengan tangan menggunakan teknik tradisional. Pada Jun 2008, teknik membakar tembikar hitam gaya Tibet dimasukkan dalam kumpulan kedua senarai warisan budaya tidak ketara negara China.
Zhishi Nyima, ketua kampung Tangman, berkata bahawa pekan Nixi sedang aktif menggalakkan pelaksanaan sistem guru-murid untuk mewariskan seni pembuatan tembikar hitam. Setakat tahun 2022, jumlah keluarga di pekan tersebut yang terlibat dalam penghasilan tembikar hitam telah meningkat daripada 40 kepada 108, sedangkan jumlah pengamalnya bertambah kepada lebih 150 daripada dulunya hanya 45.
- Ottelia Acuminate Mekar bagai Bintang Gugur ke Tasik
- Penduduk Kampung Yunnan Cari Keharmonian dengan Gajah
- Warisan Seni Persembahan Muqam Terus Mekar Di Xinjiang
- Cendawan Ganoderma Gergasi Ditemui di Yunnan
- Langit Bintang Indah Permai di Tasik Erhai
- Pertandingan Terbuka Mermaid China Buka Tirai
- Kereta Api Kuno Yunnan Janjikan Pengalaman Baharu
- Gajah Liar Main Air di Xishuangbanna, Yunnan
- Jutaan Kupu-kupu Keluar dari Kepompong di Yunnan
- Pesta Songkran Disambut Meriah di Yunnan