99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Bertemu dengan PM Jepun

(CRI)Jumaat 17 November 2023

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) petang Khamis waktu tempatan.

Xi menyatakan bahawa beliau amat gembira dapat bertemu lagi dengan Perdana Menteri Jepun.

"Pada November tahun lalu, kami pernah bertemu semasa berlangsungnya mesyuarat APEC di Bangkok, bertukar-tukar pandangan mengenai isu strategik dan hala tuju hubungan bilateral, dan mencapai beberapa konsensus penting," kata Xi.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 Perjanjian Keamanan dan Persahabatan China-Jepun. Sepanjang 45 tahun yang lalu, hubungan dua hala yang berpandukan empat dokumen politik antara China dan Jepun termasuk perjanjian tersebut, kekal berkembang di sebalik onak dan duri sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, selain memainkan peranan positif demi keamanan, pembangunan dan kemakmuran serantau.

Di tengah-tengah pergolakan antarabangsa yang berleluasa dan situasi semasa yang penuh dengan risiko dan cabaran pada masa ini, hidup bersama secara damai, mewariskan persahabatan tradisional, melakukan kerjasama yang saling menguntungkan dan menggariskan skim pembangunan bersama merupakan antara hala tuju yang betul yang selaras dengan kepentingan asas rakyat China dan Jepun.

Kedua-dua pihak harus mengikuti trend sejarah dan aliran zaman, menebus persamaan, berhemah menangani perselisihan, mematuhi pelbagai prinsip yang termaktub dalam empat dokumen politik China-Jepun, menambah elemen baharu kepada kedudukan strategik yang saling menguntungkan yang perlu disahkan lagi dan bersama-sama membina hubungan China-Jepun yang selaras dengan era baharu.

Video

Berita Berkaitan