99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Jepun Bersedia Galakkan Perkembangan Hubungan Bilateral

(CRI)Isnin 23 Oktober 2023

Perdana Menteri China, Li Qiang dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengutus perutusan tahniah antara satu sama lain sempena menyambut ulang tahun ke-45 Perjanjian Damai dan Persahabatan China-Jepun pada hari ini.

Li Qiang berkata, pemimpin dan ahli politik veteran kedua-dua negara membuat keputusan strategik untuk memeterai Perjanjian Damai dan Persahabatan China-Jepun pada 45 tahun yang lalu. Perjanjian itu telah menggariskan hala tuju hidup bersama secara damai dan persahabatan turun-temurun antara kedua-dua negara yang berjiran ini dan menekankan sikap menolak amalan hegemonisme, sekali gus menjadi batu tanda penting dalam proses perkembangan hubungan dua hala.

"China bersedia bekerjasama dengan pihak Jepun untuk meneliti semula semangat perjanjian itu, berpegang kepada hala tuju perkembangan hubungan dua hala yang betul, dan berusaha untuk membina hubungan China-Jepun yang selari dengan keperluan era baharu," kata Li.

Fumio Kishida pula berkata, perkembangan hubungan yang damai, bersahabat dan berkekalan antara kedua-dua negara adalah termaktub dalam Perjanjian Damai dan Persahabatan Jepun-China.

"Jepun dan China menggalas tanggungjawab penting untuk keamanan dan kemakmuran serantau, bahkan dunia. Kedua-dua negara berpotensi untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang."

"Pihak Jepun bersedia untuk menggalakkan perkembangan hubungannya dengan China demi kemajuan lebih besar," katanya.

Video

Berita Berkaitan