99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

APEC: Penyelarasan Pelbagai Hala, Kunci Tangani Pelbagai Cabaran

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 14 November 2023

Pengarah Unit Sokongan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Carlos Kuriyama (kiri), berucap pada sidang media mengenai laporan Analisis Trend Serantau APEC di pusat media antarabangsa APEC 2023, San Francisco, Amerika Syarikat, 12 November 2023. (Xinhua/Li Rui)

Pengarah Unit Sokongan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Carlos Kuriyama (kiri), berucap pada sidang media mengenai laporan Analisis Trend Serantau APEC di pusat media antarabangsa APEC 2023, San Francisco, Amerika Syarikat, 12 November 2023. (Xinhua/Li Rui)

Penyelarasan pelbagai hala disifatkan sebagai kunci dalam menangani peningkatan hutang, perubahan iklim, peralihan ekonomi hijau, dasar perdagangan perlindungan dan gangguan rantaian bekalan.

Demikian memetik laporan yang didedahkan oleh forum ekonomi serantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada Ahad.

"Kita perlu mempunyai kerjasama dalam kalangan kita (kerana) dunia itu adalah global, dan masalahnya juga global."

“Jadi, sekiranya kita bekerja secara individu, tidak menyelaraskan kerja bersama-sama, sukar untuk melakukan sesuatu," kata pengarah Unit Sokongan Dasar APEC, Carlos Kuriyama kepada Xinhua selepas sidang media berhubung laporan Analisis Trend Serantau APEC.

Para wartawan sedang bekerja di pusat media antarabangsa APEC 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat, 12 November 2023. (Xinhua/Li Jianguo)

Para wartawan sedang bekerja di pusat media antarabangsa APEC 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat, 12 November 2023. (Xinhua/Li Jianguo)

Menurut laporan itu lagi, APEC secara keseluruhannya menghadapi risiko kemerosotan akibat inflasi, hutang, perubahan iklim, perpecahan geoekonomi, perlindungan perdagangan dan isu geopolitik walaupun terdapat peluang meningkat daripada pemulihan pelancongan, peningkatan penggunaan serta sokongan fiskal yang disasarkan.

Difahamkan, pertumbuhan ekonomi dalam kalangan anggota APEC akan perlahan kepada 2.8 peratus pada 2024 dan 2.9 peratus pada 2025 daripada 3.3 peratus pada 2023. Manakala, seluruh dunia dijangka berkembang 3.1 peratus pada 2024 dan 3.6 peratus pada 2025, meningkat daripada 2.6 peratus tahun ini.

Laporan itu berkata, gabungan dasar kerajaan yang seimbang bersama kerjasama pelbagai hala adalah penting untuk pemulihan ekonomi.

Ini termasuk dasar kewangan yang telus, dasar fiskal bersasar, pendekatan proaktif terhadap kerjasama serantau yang lebih baik dan matang.

Kuriyama berkata, APEC merupakan platform penting yang membantu mencapai konsensus dalam bidang tertentu.

"Dalam APEC, kami cuba ketepikan politik. Kami lebih menumpukan kepada isu ekonomi kerana di situlah lebih mudah untuk mendapat konsensus."

“Mesyuarat peringkat tinggi dalam rangka APEC baru-baru ini adalah positif, dan keterbukaan saluran komunikasi adalah sangat penting dan memberi kita harapan," kata beliau dalam sesi soal jawab taklimat itu.

Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC ke-30 dijadualkan berlangsung pada 15-17 November di San Francisco dan diikuti dengan beberapa mesyuarat peringkat tinggi

Video

Berita Berkaitan