99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ekonomi Paling Dinamik Kekal di Asia-Pasifik

(CRI)Isnin 13 November 2023

Walaupun berhadapan sejumlah risiko dan cabaran, Asia Pasifik termasuk China kekal merupakan rantau yang ekonominya yang paling dinamik dalam senario global dan akan terus memberikan sumbangan penting kepada pertumbuhan sejagat. Thomas Helbling, Naib Ketua Bahagian Asia-Pasifik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua secara video.

Helbling menyatakan, dijangka sumbangan rantau Asia Pasifik kepada pertumbuhan ekonomi sejagat akan mencatat kadar dua pertiga lebih untuk suatu tempoh masa yang agak panjang. Katanya, kadar inflasi kebanyakan negara di rantau Asia-Pasifik akan menurun ke tahap sasaran bank pusat pelbagai negara pada tahun depan. Asia membuahkan hasil yang lebih menonjol dalam kawalan inflasi berbanding dengan rantau lain di dunia.

Menurut Helbling, dasar ekonomi makro yang dilaksanakan kerajaan China adalah berpatutan. Sejak tahun ini, kerajaan China mengambil dasar kewangan yang positif untuk menyokong ekonomi terus berkembang ke arah yang lebih kukuh. Serentak itu, kerajaan China telah melaksanakan dasar mata wang yang stabil di samping mengambil langkah pengubahsuaian lain untuk meringankan beban hutang dalam keseluruhan ekonominya.

Dalam Ramalan Ekonomi Dunia yang dikeluarkan IMF pada bulan Oktober lalu, kadar ekonomi dunia dijangka menjadi perlahan dari 3.5% pada tahun 2022, kepada 3.0% pada tahun 2023 dan 2.9% pada tahun 2024. Manakala menurut ramalan tentang rantau Asia-Pasifik yang dikeluarkan pada bulan yang sama, kadar pertumbuhannya dijangka menokok 4.6%.

Video

Berita Berkaitan