99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Monorel Tergantung Pertama China Beroperasi (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 September 2023
Monorel Tergantung Pertama China Beroperasi
Pada 26 September, penumpang mencuba perkhidmatan monorel tergantung. (Xinhua/Du Zixuan)

Pada 26 September, fasa pertama laluan monorel tergantung pertama untuk kegunaan komersial di China mula beroperasi di bandar Wuhan. Laluan ini direka oleh Institut Keempat Pembinaan Kereta Api China.

Menurut Wang Honggang, pengarah reka bentuk Institut Keempat Pembinaan Kereta Api China, fasa pertama laluan adalah sepanjang 10.5 kilometer dan mempunyai 6 stesen. Laluan monorel tergantung ini menggunakan mod tanpa pemandu dengan kelajuan operasi maksimum mencapai 60 kilometer sejam dan boleh dipasang secara fleksibel antara 2 hingga 3 gerabak untuk memenuhi keperluan volum pengangkutan yang berbeza.

Prasarana ini merupakan sejenis sistem transit rel bandar baharu dengan volum pengangkutan rendah dan sederhana. Rel ini berciri mesra alam dan karbon rendah. Berbeza dengan pengangkutan tradisional, badan kereta api digantung di bawah rasuk landasan dan meluncur di udara. Dengan itu, ia tidak mengambil ruang di darat dan juga sesuai untuk fungsi bersiar-siar.

Video

Berita Berkaitan