- Lain-lain
Arahan Xi untuk Dorong Pembangunan Projek Pilot FTZs
Hendaklah mengambil langkah strategik yang holistik dalam usaha mendorong pembaharuan dan keterbukaan menerusi pembangunan pelbagai projek pilot Zon Perdagangan Bebas (FTZs).
Arahan demikian diberikan Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping baru-baru ini.
Tegas Xi, hendaklah menimba pengalaman dari pembangunan sedekad lalu ketika merintis jalan baharu dalam kemaraan ke masa depan, memperhalusi pelaksanaan strategi tentang projek pilot FTZs dan mengamalkan percubaan dalam dimensi yang pelbagai demi mendorong pembangunan projek pilot FTZs ke arah yang bertaraf tinggi.
Sehubungan itu, hendaklah memartabatkan pimpinan PKC, terus meningkatkan tahap keterbukaan, memacu inovasi dari segi institusi, menyelaraskan hubungan antara pembangunan dengan keamanan wilayah, meningkatkan penggunaan piawaian antarabangsa dalam bidang ekonomi dan perdagangan, memperincikan keterbukaan dari segi institusi, memperhebat perancangan menyeluruh terhadap pembaharuan dan mempergiat perkembangan inovatif rantai industri supaya dapat menonjolkan peranan teladan projek pilot FTZs.