99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Bilangan Rakan FTA China Semakin Meningkat

(CRI)Jumaat 03 Mac 2023

Kawasan perdagangan bebas (FTA) China semakin diperluas. Kini China telah menganggotai 19 FTA, sementara jumlah rakan FTA China telah meningkat kepada 26, menurut Kementerian Perdagangan China dalam sesi taklimat pada Khamis.

“Boleh dikatakan, satu rangkaian perjanjian perdagangan bebas yang berasaskan negara-negara jiran, meliputi negara-negara terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) malah merangkumi dunia telah dibina pada peringkat awal.

“Terutamanya pada tahun lalu, pembinaan perjanjian perdagangan bebas negara ini mencapai kemajuan baharu dengan penguatkuasaan FTA dengan Kemboja dan protokal penaiktrafan perjanjian perdagangan bebas dengan New Zealand,” menurut pegawai kementerian itu.

Selain itu, China juga menandatangani pemperolehan peringkat awal perjanjian perdagangan bebas dengan Nicaragua, di samping melancarkan rundingan perjanjian tersebut dengan negara itu.

Dalam pada itu, rundingan Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 juga telah dimulakan, sementara rundingan dengan enam negara dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pula mencapai kemajuan yang memberangsangkan, sekali gus dijangka mampu menggalakkan lagi perdagangan luar China.

Ketika ini, jumlah nilai perdagangan luar China dengan rakan-rakan perjanjian perdangangan bebas telah merekodkan RMB14.25 trilion (RM 9.24 trilion) pada tahun 2022 dan angka tersebut menyaksikan peningkatan 7.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, selain mencakupi 34 peratus daripada jumlah nilai perdagangan luar negara Tembok Besar ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan