99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Sulaman Etnik Miao di Pentas Minggu Fesyen Milan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 25 September 2023
Sulaman Etnik Miao di Pentas Minggu Fesyen Milan
Seorang model memperagakan sulaman etnik Miao dari Guizhou, barat daya China semasa Minggu Fesyen Milan di Itali, 24 September 2023. (Xinhua/Jin Mamengni)

Pertunjukan fesyen yang menampilkan pakaian tradisional etnik Miao China dan peragaan busana butik sulaman Miao oleh para model dimulakan di Milan, ibu kota fesyen Itali, pada Ahad.

Acara yang ditaja bersama oleh Konsulat Jeneral China di Milan dan kerajaan Guizhou sempena Minggu Fesyen Milan itu memberi peluang kepada penonton untuk menghargai ketukangan sulaman Miao secara lebih dekat.

Di Palazzo Clerici, pakaian tradisional Miao yang berwarna-warni dan sangat halus buatannya, di samping pameran kraftangan lain yang berkaitan turut menarik perhatian pengamal dan audiens industri fesyen.

"Pertama sekali, fesyen ialah budaya. Pertunjukan fesyen yang baru kita lihat ini adalah contoh budaya, seni dan fesyen bersama,” demikian ujar Raffaela Godi, salah seorang penonton ketika diwawancara Xinhua.

Beliau yang memahami bahawa kedua-dua China dan Itali mempunyai kisah serta budaya yang mendalam, turut menyifatkan perkongsian budaya etnik Miao sebagai penting selain menyatakan ia suatu “hadiah” pada acara minggu fesyen tersebut.

Untuk rekod, etnik Miao yang tinggal di Guizhou di barat daya China mempunyai populasi seramai 4.3 juta, dan lebih daripada 100 cabang.

Etnik Miao menggunakan jarum dan benang untuk menyulam corak yang mewakili alam semula jadi dan sejarah kumpulan etnik pada pakaian mereka.

Dengan daya tarikan artistik, teknik dan budaya yang kaya, sulaman Miao telah diiktiraf sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan.

"Saya berharap kehadiran sulaman Miao di Minggu Fesyen Milan akan membuatkan ia lebih dikenali oleh orang ramai, dan saya percaya sulaman itu akan dihargai di pentas global," kata Shi Chuanying, seorang penyulam dari daerah Taijiang, Guizhou.

Shi merupakan salah seorang yang membawa karya ke pameran di Milan itu. Sebagai seorang penyulam berpengalaman, beliau telah mengetuai lebih 300 orang penyulam tempatan untuk menghasilkan produk sulaman Miao yang dieksport ke Perancis dan Itali.

Seorang lagi penyulam, Long Luying turut menzahirkan harapan untuk mencari peluang kerjasama dengan pereka pakaian di seluruh dunia dalam usaha mewarisi dan mengembangkan sulaman Miao dengan lebih baik.

Pengarah pusat perlindungan warisan budaya tidak ketara Guizhou, Long Youming pula berkata bahawa acara itu adalah wahana yang baik untuk mempersembahkan budaya tradisional China, serta mempercepat lagi pengindustrian, pengantarabangsaan dan penjenamaan sulaman Miao

Video

Berita Berkaitan