- Lain-lain
BRI Inisiatif yang Signifikan, Kata Presiden Zambia
Presiden Zambia Hakainde Hichilema mengadakan lawatan negara ke China pada 10 hingga 16 September. Dalam rangka lawatan itu, beliau telah berkunjung ke beberapa bandar, antaranya Shenzhen, Jinggangshan, dan Ningde untuk mengetahui lebih lanjut pembangunan sosioekonomi China.
Ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG), Presiden Hichilema menyifatkan lawatan ke bandar Shenzhen sebagai "amat penting" kerana di situlah beliau berpeluang melihat kaedah kerajaan China menguji mod zon ekonomi khas sehingga mencapai kejayaan besar.
Dalam lawatan enam hari di China, Presiden Hichilema mengeluarkan lebih 50 ciapan termasuk gambar dan video di media sosial, berkongsi pengalamannya di negara Tembok Besar ini.
Ketika menyebut tentang peluang dan hasil yang diperoleh Zambia sejak negara itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pembinaan bersama Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) pada tahun 2018, Presiden Hichilema menyatakan bahawa negaranya sedang giat membina lebuh raya dan kemudahan tenaga hijau.
"BRI adalah inisiatif yang amat signifikan. Potensi kerjasama kedua-dua negara kita amat besar dan saya berharap inisiatif tersebut dapat diteruskan.
"BRI tidak akan membawa ancaman kepada mana-mana negara." kata Hichilema.
Dalam wawancara tersebut, Hichilema banyak kali menyebut tentang "susun suai gambar".
Beliau berpendapat bahawa dari pembangunan sesebuah negara hingga hubungan dua hala, dari kerjasama Selatan-Selatan ke tadbir urus global, semua negara umpama sekeping daripada satu susun suai gambar.
"Negara-negara di dunia patut bergabung untuk membentuk sinergi supaya menjadikan cabaran dan risiko sebagai peluang dan harapan," ujarnya.
- Presiden Comores: Kerjasama China-Afrika Sama Menang
- Utusan Khas Xi Hadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Zimbabwe
- Xi Bertemu Presiden Senegal
- Media China-Afrika Tingkatkan Kerjasama, Saling Belajar
- China, Algeria Ikrar Mantapkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 Saksikan 120 Projek Termeterai
- Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 Bakal Diadakan
- Menteri Luar China Seru Pergiatkan Kerjasama China-Afrika
- Xi Temui Presiden Eritrea
- Xi Lantik Duta-duta Besar Baharu