99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 Bakal Diadakan

(CRI)Rabu 14 Jun 2023

Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika ke-3 dengan mengangkat tema "Sinergi Membincangkan Pembangunan dan Berkongsi Masa Depan" bakal diadakan di Changsha, provinsi Hunan pada 29 Jun hingga 2 Julai.

Ekspo ini antara aktiviti pertukaran yang paling penting antara China dengan negara Afrika dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Setakat ini, dimaklumkan sebanyak 53 buah negara Afrika yang berhubungan diplomatik dengan China, lapan buah pertubuhan antarabangsa, 30 buah provinsi dan bandar domestik dan lebih 1,500 syarikat berkaitan kerajaan (GLC), persatuan perniagaan dan agensi kewangan mendaftar untuk menyertai ekspo kali ini. Benin, Republik Demokratik Congo (DRC), Madagascar, Malawi, Morocco, Mozambique, Nigeria, dan Zambia akan menjadi negara kehormat sedangkan provinsi Shandong dan Hubei selaku provinsi kehormat.

Menurut Ketua Jabatan Perdagangan Provinsi Hunan, Shen Yumou, ekspo ini akan dimeriahkan dengan penglibatan lebih 1,350 buah syarikat pempamer yang meningkat 55% berbanding ekspo edisi lalu, 8,000 orang pembeli beserta pengunjung profesional, dan 100,000 orang pengunjung umum. Beliau memaklumkan lagi bahawa pihak penganjur menambah hampir 30,000 meter persegi sebagai balai pameran utama yang kesemuanya mencatat 100,000 meter persegi, manakala buat pertama kali menganjurkan dua pameran baharu, iaitu yang berkaitan dengan hasil pembinaan bersama yang berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ,dan yang berkaitan dengan pencapaian kaum wanita China-Afrika dalam bidang inovasi dan permulaan kerjaya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan