99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Menjelang Sukan Asia, Hangzhou Anjur Pameran Pakaian Asia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 04 September 2023
Menjelang Sukan Asia, Hangzhou Anjur Pameran Pakaian Asia
Pakaian tradisional China yang dipamerkan pada “Colorful Asia: Asian Costumes Exhibition”. (Foto ihsan Muzium Sutera China)

Menjelang Sukan Asia Hangzhou, satu pameran bertema pakaian Asia dianjurkan di Muzium Sutera China, Hangzhou. Pameran bertajuk “Colorful Asia: Asian Costumes Exhibition” ini memaparkan sumbangan orang Asia terhadap budaya tenun dunia.

Lima unit pertama masing-masing mempamerkan pakaian dari Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Barat, dengan sejumlah 140 pakaian dari 27 negara. Para pengunjung dapat menghayati kepelbagaian pakaian Asia, termasuklah baju Asia Timur dengan lengan lebar, sarung dari Asia Tenggara, baju Asia Selatan yang halus, jubah dari Asia Tengah serta baju Asia Barat yang menggabungkan unsur pelbagai budaya.

Unit keenam bertema “Dialog Teknik Tenun Asia” yang mempamerkan bahan metah, pewarna, alat tenun dan teknik tenun, memaparkan pertukaran pelbagai budaya di rantau Asia. Sebagai contoh, teknik ikat celup dapat dijumpai di Nusantara, China, Jepun dan juga Asia Tengah.

Pakar sejarah tenun, profesor Zhao Feng, yang juga kurator pameran tersebut berkata, orang Asia banyak menyumbang kepada budaya tenun dunia. Empat gentian yang masih digunakan dalam pakaian hari ini, iaitu sutera, bulu, kapas dan linen, kebanyakannya berasal dari Asia.

“Kami memilih untuk mengadakan pameran ini di Hangzhou menjelang Sukan Asia dengan harapan pengunjung dari negara-negara Asia menikmati budaya pakaian dari tempat berbeza, dan mengukuhkan persefahaman dan pertukaran.”

Video

Berita Berkaitan