99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pelabuhan China Suntik Tenaga kepada Pembangunan Ekonomi

(CRI)Jumaat 18 Ogos 2023

Jumlah kendalian barang di pelabuhan China menampakkan peningkatan besar sejak awal tahun ini.

Dengan prestasi yang baik, ia sekali gus memberikan sokongan besar terhadap perdagangan luar, permintaan domestik, dan perkembangan sosioekonomi.

Baru-baru ini, kapal kargo dengan muatan lebih daripada seribu kontena yang mengandungi produk mekanikal, seramik, dan kimia berlepas dari pelabuhan Qingdao dan menuju ke negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura.

Sejak awal tahun ini, Qingdao telah memperkenalkan 15 laluan perkapalan perdagangan luar yang baharu, yang menghubungkan China dengan banyak negara anggota Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Memetik data Kementerian Pengangkutan China, untuk separuh pertama tahun ini, pelabuhan China telah mengendalikan sejumlah 8.19 bilion tan barang, iaitu meningkat lapan peratus dari tahun ke tahun.

Antaranya, jumlah perdagangan domestik meningkat 7.6 peratus, manakala jumlah perdagangan luar pula meningkat 8.9 peratus. Jumlah kendalian kontena dicatatkan sebanyak 150 juta kontena, menokok 4.8 peratus.

Pada masa sama, kecekapan operasi di pelabuhan juga berkait rapat dengan peningkatan taraf kecerdasan.

Di Pelabuhan Zhoushan, Ningbo, alat automatik yang baru dilengkapkan dilihat berjaya meningkat kecekapan kerja.

Di Pelabuhan Yangpu, Hainan, projek pembinaan terminal automatik pula sedang dipercepat.

Kini, jumlah terminal automatik pelabuhan di China adalah yang paling banyak di dunia.

Video

Berita Berkaitan