99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Laluan Baharu Hubung Pelabuhan Xiamen, Pelabuhan Utama Asia Tenggara

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 14 November 2022

Ketibaan kapal kontena MSC CAPE III yang memuatkan kargo pukal seperti kasut, pakaian, produk industri ringan serta jentera di Dermaga Haitian pada petang 9 November menandakan rasminya pembukaan laluan kontena ke-19 Pelabuhan Xiamen tahun ini. Jumlah laluan perdagangan yang menghubungkan Pelabuhan Xiamen dengan 147 buah pelabuhan di 54 negara dan wilayah kini sebanyak 130. Tahap keterbukaan China terus dipertingkat.

Dimaklumkan, laluan baharu ini diberikan nama Dolphin iaitu ikan lumba-lumba, manakala satu lagi laluan baharu MSC yang bakal menghubungkan Pelabuhan Xiamen dengan Asia Tenggara dinamakan Seagull yang maksudnya burung camar.

MSC akan menempatkan sejumlah 11 kapal di dua laluan baharu tersebut, yang juga merupakan bahagian penting dalam rancangan syarikat perkapalan gergasi berkenaan di rantau Asia, agar perkhidmatan perkapalan terus dari China ke Asia Tenggara dapat meliputi pelabuhan-pelabuhan utama di Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand, Malaysia dan negara-negara lain. Dalam pada itu, pelayaran dari Pelabuhan Xiamen terus ke Pelabuhan Surabaya dan Pelabuhan Jakarta melalui laluan Dolphin memakan masa paling singkat iaitu 9 hari. Ini akan membantu meningkatkan kelancaran dan kecekapan pengangkutan barangan import dan eksport ulang alik dari Pelabuhan Xiamen ke Indonesia.

Pelabuhan Xiamen yang juga pelabuhan kontena ke-13 terbesar di dunia mengendalikan 1.01806 juta TEU kontena dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.79% berbanding tempoh sama tahun lepas. Antaranya, jumlah kendalian kontena perdagangan antarabangsa merekodkan kenaikan 4.50% dengan 7.7394 juta TEU, manakala kendalian kontena untuk pengangkutan darat-laut mencatat pertumbuhan 51.68% dengan jumlahnya 53.6 ribu TEU. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan