99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kota "Bas Bayi" Beri Gambaran Populariti NEV China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 11 Ogos 2023
Kota
Foto yang diambil pada 5 Julai 2023 ini menunjukkan stesen pengecasan untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. Orang yang melawat ke Liuzhou mungkin kagum dengan warna-warni kenderaan tenaga baharu (NEV) bersaiz kecil di bandar perindustrian ini yang diberi gelaran manja, "baobao bashi" atau "bas bayi" oleh penduduk tempatan. (Xinhua/Guo Yifan)

Orang yang melawat ke Liuzhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China mungkin kagum dengan warna-warni kenderaan tenaga baharu (NEV) bersaiz kecil di bandar perindustrian ini yang diberi gelaran manja, "baobao bashi" atau "bas bayi" oleh penduduk tempatan.

Kira-kira separuh saiz kereta biasa, "bas bayi" berfungsi sebagai kenderaan polis, kereta pengantin, dan kedai bergerak di pasar malam. Sebilangannya adalah kenderaan kongsi yang boleh disewa dengan harga 10 yuan (kira-kira 6.35 ringgit) sejam.

"Baobao bashi" merujuk kepada Hongguang MINI EV dan kenderaan elektrik lain yang dihasilkan oleh SAIC-GM-Wuling (SGMW) yang berpangkalan di kawasan tersebut, dengan usaha sama antara SAIC Motor, General Motors dan Liuzhou Wuling Motors.

Antara sebab kereta mini itu semakin popular adalah kosnya yang mampu milik, dengan versi termurah berharga 30,000 yuan. Kereta mini ini boleh melakukan perjalanan dari 120 km hingga lebih 300 km dengan sekali caj yang bayarannya antara 6 yuan hingga 38 yuan, jauh lebih rendah daripada kenderaan berkuasa petrol.

Kereta-kereta mini ini juga terkenal kerana menyediakan penyelesaian kepada masalah lalu lintas bandar seperti tempat letak kereta dan kesesakan. Kenderaan bersaiz mini boleh bergerak dengan lancar di lorong-lorong sempit dan hanya menggunakan separuh daripada ruang tempat letak kereta standard.

Lin Qiujun, seorang pegawai di suruhanjaya pembangunan dan pembaharuan Liuzhou berkata, kerajaan telah mempromosikan penggunaan "baobao bashi" yang tidak mengeluarkan asap ekzos dan dianggap lebih mesra alam.

Liuzhou telah membina lebih daripada 17,000 cerucuk pengecas dan menawarkan tempat letak kereta percuma untuk NEV. Menurut Lin, beberapa unit kerajaan juga menyewa "baobao bashi" sebagai kenderaan rasmi.

Di seluruh negara, NEV mendahului penggunaan kereta untuk bayaran pengecasan yang lebih rendah dan pengurangan jejak karbon. Menurut Persatuan Pengilang Automobil China, jualan NEV China pada separuh pertama 2023 melonjak 44.1 peratus tahun ke tahun kepada hampir 3.75 juta unit, berbanding dengan peningkatan 9.8 peratus dalam jumlah jualan kereta.

Negara itu, yang menyasarkan puncak pelepasan karbon dioksidanya sebelum 2030, berjanji untuk melanjutkan dasar cukai pembelian keutamaan untuk NEV hingga akhir 2027 dan terus menambah baik infrastruktur berkaitan.

China membina lebih daripada 1.44 juta cerucuk pengecas pada separuh pertama 2023, yang 351,000 daripadanya adalah cerucuk pengecas awam. Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), setakat akhir Jun tahun ini, bilangan cerucuk pengecas di China sudah melebihi 6.6 juta.

Syarikat yang mengeluarkan "baobao bashi" kini menilai potensi pasaran yang lebih besar di luar negara. EV Wuling Air, salah satu jenis "baobao bashi," telah memasuki pasaran Indonesia dan diguna pakai semasa sidang kemuncak G20 di Bali pada tahun 2022.

Wang Pulin, pengurus jenama SAIC-GM-Wuling berkata, syarikat itu telah membina kilang pembuatan kenderaan, kumpulan pembekal alat ganti kereta, dan lebih 140 kedai jualan dan servis di Indonesia.

Awal tahun ini, SAIC-GM-Wuling dan kerajaan Indonesia menandatangani memorandum persefahaman untuk mengembangkan pelaburan di Indonesia dan memperkenalkan lebih banyak NEV ke pasaran tempatan, kata Wang.

Orang ramai diperkenalkan tentang kenderaan tenaga baharu (NEV) di kedai jualan di bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China, 5 Julai 2023. Orang yang melawat ke Liuzhou mungkin kagum dengan warna-warni kenderaan tenaga baharu (NEV) bersaiz kecil di bandar perindustrian ini yang diberi gelaran manja, "baobao bashi" atau "bas bayi" oleh penduduk tempatan. (Xinhua/Guo Yifan)

Video

Berita Berkaitan