99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

NEV China Terima Sambutan Hangat di Pameran Permotoran Barcelona

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Bertemakan 'Elektrifikasi', Pameran Permotoran Barcelona ke-42 yang melabuhkan tirainya pada Ahad setelah berlangsung selama 11 hari berjaya menarik kehadiran lebih 300,000 pedagang dan pengunjung.

Pada edisi kali ini, pameran yang bersejarah lebih 100 tahun sejak pertama kalinya diadakan pada 1919 itu menyaksikan lebih daripada 30 jenama kereta antarabangsa membawa 14 model baharu yang membuat debut di Sepanyol.

Difahamkan, banyak jenama terkenal telah membawa model kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan model NEV dari China berjaya mendapat sambutan hangat menerusi prestasinya yang cemerlang, reka bentuk yang cantik dan harga yang kompetitif.

Vaclav, seorang pengunjung tempatan, kali pertama melawat Pameran Permotoran Barcelona kerana anaknya mahu membeli sebuah kereta elektrik buatan China.

"Pertama sekali, ia adalah kerana harga kereta elektrik dari China sangat kompetitif, dan teknologinya juga sangat baik," ujar beliau.

Pada masa sama, beberapa pengedar antarabangsa juga menajdikan NEV buatan China sebagai sasaran masing-masing.

Selain membawa jenama NEV China ke pasaran antarabangsa, mereka juga bekerjasama dengan pengeluar China untuk mengeluarkan kererta atau membeli alat ganti mereka.

Seorang pengedar kereta dari Sepanyol, Jose Cabesa berpendapat bahawa produk yang dibuat di China mempunyai kualiti baik dan harga yang rendah.

Beliau turut merasakan bahawa NEV China adalah kompetitif di Eropah, terutamanya di pasaran Sepanyol dan selain berpandangan bahawa China sangat maju dalam pembangunan teknologi elektrifikasi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan