99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Lancar Langkah Fiskal Baharu, Rangsang Sektor Swasta

Pekerja memasang roda turbin angin di sebuah kilang di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China, 28 Februari 2023. (foto: Geng Yuhe/China Daily)

Pekerja memasang roda turbin angin di sebuah kilang di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Lianyungang, provinsi Jiangsu, timur China, 28 Februari 2023. (foto: Geng Yuhe/China Daily)

Jabatan Percukaian Negara (STA) China melancarkan 28 langkah untuk memudahkan pembayaran cukai bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu yang bekerja sendiri, pada Ahad.

Difahamkan, inisiatif itu merupakan sebahagian usaha negara China untuk memacu pembangunan sektor swasta.

Antara langkah baharu termasuk memanjangkan tempoh pengecualian cukai tertentu, mempermudah kaedah pembayaran cukai serta mengoptimumkan perkhidmatan cukai rentas sempadan.

Sebagai contoh, pembayar cukai yang tidak mendapat manfaat daripada potongan cukai tambahan ke atas kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) semasa tempoh cukai Julai masih boleh menikmati faedah tersebut sehingga Ogos dan September.

Pada masa sama, pihak berkuasa juga akan melipatgandakan usaha untuk bekerjasama dengan jabatan berkaitan dalam mengendalikan kes berhubung pembayaran cukai projek R&D, supaya setiap PKS yang layak dapat memahami dasar dengan lebih baik.

Ketua Dasar dan Pelaksanaan Percukaian Fiskal di Institut Perakaunan Negara Beijing, Li Xuhong menyatakan langkah-langkah tersebut akan membantu pembayar cukai menjimatkan sepenuhnya kos operasi melalui potongan cukai R&D.

Tambah beliau, pembayar cukai tersebut seterusnya akan merangsang kedinamikan masing-masing, serta memacu keupayaan inovasi yang secara tidak langsung akan memangkin pembangunan sektor swasta negara.

"Langkah-langkah baharu itu akan merungkai beberapa masalah dan isu biasa yang dihadapi oleh perusahaan swasta tentang pembayaran cukai dan dasar berkaitan, serta membantu mereka menikmati faedah polisi dengan lebih baik," kata Li.

Menurut beliau, langkah terbaharu itu juga merupakan sambungan dasar keutamaan untuk perusahaan swasta, yang kebanyakannya terdiri daripada PKS dan individu yang bekerja sendiri.

Memetik Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, syarikat swasta yang kebanyakannya bersaiz lebih kecil telah menyumbang hampir 50 peratus daripada hasil cukai negara, meliputi 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Terdahulu, sebelum melancarkan 28 langkah, STA turut memperkenalkan 81 langkah sokongan terhadap cukai yang terdiri daripada empat kumpulan.

Pada separuh pertama tahun ini, pemotongan cukai dan yuran, serta bayaran balik cukai dan penangguhan untuk pembayar cukai swasta dilaporkan mencecah RMB704.9 bilion (RM447.8 bilion), menyumbang 76 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Pada Ahad juga, enam langkah bersasar diperincikan untuk mempromosikan perkhidmatan cukai rentas sempadan, termasuk memudahkan prosedur pengisytiharan cukai, menggalakkan pengisytiharan maklumat lain seperti invois rebat cukai eksport, serta mendorong kerjasama dengan pihak berkuasa cukai dari negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Video

Berita Berkaitan