99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Komited Pacu Pembangunan Ekonomi Swasta

(CRI)Jumaat 21 Julai 2023

China berikrar melakukan usaha lebih besar untuk memulihkan ekonomi swasta, dengan lebih banyak langkah akan diumumkan tidak lama lagi.

Kenyataan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara mengeluarkan garis panduan mengenai usaha memacu pertumbuhan ekonomi swasta pada Rabu.

Naib ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Li Chunlin menyatakan ekonomi swasta memainkan peranan positif dalam memantapkan pertumbuhan, menggalakkan inovasi, mencipta peluang pekerjaan dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Bagi memastikan pelaksanaan penuh garis panduan itu, Li berkata suruhanjaya itu akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memperkenalkan dasar dan langkah sokongan dalam masa terdekat.

Sebagai sebahagian daripada langkah sokongan, NDRC akan menerbitkan dokumen mengenai penggalakan pelaburan swasta untuk memotivasikan sepenuhnya sektor berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan