99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rombongan Seni dari Xinjiang Hidupkan Pesta di Indonesia (4)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 21 Julai 2023
Rombongan Seni dari Xinjiang Hidupkan Pesta di Indonesia
Penyanyi dari Rombongan Teater Seni Muqam Xinjiang membuat persembahan di Taman Ismail Marzuki, Jakarta pada 19 Julai 2023. (Foto/Xinhua)

Puluhan penari dan penyanyi dari Rombongan Teater Seni Muqam Xinjiang menghidupkan suasana pentas di Taman Ismail Marzuki, Jakarta malam Rabu.

Beraneka ragam tarian, pertunjukan akrobatik dan dendangan lagu-lagu diatur sempena acara Festival Hijrah: Persembahan Seni Muslim Xinjiang, yang dianjurkan oleh syarikat media tempatan, Republika bersama jawatankuasa China Dewan Perdagangan dan Industri Indonesia (KADIN). Persembahan dijadualkan berlangsung bermula 19 Julai hingga 10 Ogos, bertempat di sembilan bandar Indonesia.

Persembahan mengasyikkan yang disajikan para seniman Xinjiang disahut dengan tepukan gemuruh lebih 1,000 orang penonton malam itu.

Lu Kang, duta besar China ke Indonesia, antara yang turut menyerikan acara dengan kehadirannya. Beliau berkata, festival tersebut telah menunjukkan bagaimana 13 juta penduduk muslim Xinjiang dan kumpulan-kumpulan etnik lain di China mendapat faedah daripada kemakmuran dan pembangunan tanah air mereka.

“Prospek bagi pertukaran sosiobudaya pada masa depan adalah cerah. China dan Indonesia diharap dapat terus menyuburkan ikatan muhibah antara satu sama lain, dan memupuk rasa saling percaya yang lebih mendalam,” ujar duta besar itu.

Early Hanesty yang datang bersama suami, anak berusia 8 bulan, dan kawan-kawan, seronok menonton persembahan yang dikatakan telah membangkitkan semula kenangan sewaktu menuntut di Universiti Nanjing, provinsi Jiangsu.

Pertunjukan yang paling digemarinya ialah “Main Tamburin dan Dendangkan Lagu-lagu” yang dipersembahkan oleh 20 penari dengan iringan muzik rancak serta mesej-mesej baik daripada China kepada Indonesia.

“Anak saya pun sangat suka. Dia menari-nari ketika menonton,” ujarnya.

Ketua editor Republika, Irfan Junaidi mengulas bahawa, memandangkan betapa kerapnya orang Indonesia bertembung dengan budaya Islam di negeri sendiri mahupun di Asia Barat, persembahan yang dibawa oleh seniman dari Xinjiang ini menonjolkan kelainan Islam di serata dunia.

Rombongan Teater Seni Muqam Xinjiang telah membuat persembahan di lebih 130 negara dan wilayah sejak penubuhannya pada 1989. Antara lokasi persembahannya termasuk Britain, Perancis dan Jerman.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan