99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Ekonomi China Saksikan Trend Pemulihan Baik

(CRI)Selasa 18 Julai 2023

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China menyaksikan peningkatan 5.5 peratus untuk separuh pertama 2023 berbanding tempoh sama tahun lepas dengan mencecah RMB59.3 trilion (RM37.6 trilion).

Menurut Biro Statistik Negara (NBS) pada Isnin, KDNK China turut meningkat 4.5 peratus pada suku tahun pertama tahun ini berbanding tempoh sama 2022, dan seterusnya meningkat 6.3 peratus pada suku kedua 2023.

Bagi jualan runcit sosial China, NBS menyatakan jumlah yang dicatatkan pada setengah pertama tahun ini meningkat 8.2 peratus yang merekodkan RMB22.7 trilion (RM14.36 trilion).

Dalam tempoh sama, jumlah jualan runcit dalam talian di negara ini meningkat 13.1 peratus dengan jualan runcit dalam talian bagi barang fizikal naik 10.8 peratus dengan mencatat RMB6 trlion (RM3.79 trlion), sekali gus menyumbang 26.6 peratus kepada jumlah jualan runcit sosial.

Jurucakap NBS China, Fu Linghui berkata, sejak awal tahun ini, potensi penggunaan terus diperluas susulan usaha pemulihan dan peningkatan penggunaan pelbagai pihak, sehingga berperanan penting dalam menggalakkan pemulihan ekonomi tempatan.

“Pada setengah pertama tahun ini, kadar sumbangan perbelanjaan penggunaan terhadap pertumbuhan ekonomi menokok 77.2 peratus, iaitu jauh lebih tinggi daripada kadar sumbangan pada tahun lepas,” katanya. 

Ketika menyentuh tentang ciri-ciri ekonomi pada setengah pertama 2023, Fu berpendapat bahawa dari segi permintaan, penggerak utama pertumbuhan ekonomi di China berubah daripada sektor pelaburan dan pengeksportan pada tahun lepas kepada sektor penggunaan dan pelaburan pada tahun ini.

“Pada setengah pertama tahun ini, kadar sumbangan pertumbuhan sektor perkhidmatan kepada pertumbuhan ekonomi melepasi 60 peratus.

“Dengan pengoperasian sosioekonomi pulih normal secara menyeluruh di negara ini, industri perkhidmatan seperti jualan borong dan runcit, penginapan dan katering, serta pengangkutan meningkat dengan ketara, dan turut menyumbang banyak kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Mengulas tentang sasaran ekonomi sepanjang 2023, Fu berkata, ekonomi China menghapuskan kesan buruk pandemik COVID-19 secara beransur-ansur sejak awal tahun ini, dan kembali ke landasan pengoperasian yang normal, selain menunjukkan trend pemulihan yang baik.

“China berkeyakinan penuh dan juga mempunyai keupayaan untuk mencapai sasaran pembangunan sosioekonomi sepanjang tahun yang ditetapkan pada awal tahun ini,” katanya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan