99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Mesyuarat Politburo Analisis Situasi Ekonomi Semasa

(CRI)Sabtu 29 April 2023

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC untuk menganalisis dan meneliti situasi ekonomi semasa serta kerja ekonomi.

Diakui bahawa ekonomi China berada pada fasa pemulihan, dengan dorongan intrinsik kurang kukuh, permintaan tidak mencukupi dan wujudnya halangan baharu dalam transformasi ekonomi.

Justeru, masih terdapat banyak kesukaran dan cabaran yang perlu diatasi dalam usaha menjayakan pembangunan berkualiti.

Mesyuarat itu menyebut, kunci pemulihan mampan terletak pada peluasan permintaan menerusi tindakan bersepadu antaranya termasuk melaksanakan dasar fiskal proaktif yang lebih efektif dan dasar monetari berhemat secara bersasar.

Adalah penting untuk memantapkan lagi pembaharuan secara menyeluruh dan keterbukaan bertaraf tinggi.

Antaranya perkara yang menjadi keutamaan adalah menarik pelaburan asing dan memberi sokongan kepada zon rintis dan pelabuhan perdagangan bebas agar diselaraskan dengan peraturan dagangan berstandard tinggi di peringkat antarabangsa.

Mesyuarat itu turut memberi penekanan pada usaha menjamin dan menambah baik kesejahteraan rakyat, menjana pembangunan kawasan luar bandar dan meningkatkan tadbir urus ekosistem.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan