99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Rusia Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala

(CRI)Selasa 11 Julai 2023

China akan terus bekerjasama rapat dengan Rusia untuk memantapkan perkongsian penyelarasan strategik menyeluruh pada era baharu, yang menampilkan ciri saling membantu, integrasi mendalam, inovatif dan sama menang.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping ketika menerima kunjungan Speaker Majlis Persekutuan Rusia, Valentina Matviyenko di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.

Xi menyifatkan pembangunan hubungan China-Rusia sebagai pilihan strategik kedua-dua pihak berdasarkan kepentingan asas negara dan rakyat masing-masing.

"Kolaborasi dalam kalangan badan perundangan merupakan antara komponen penting hubungan Beijing-Moscow. Saya harap ikatan kerjasama dalam pelbagai bidang dapat kekal mampan dan sihat dari segi perundangan."

"Kedua-dua pihak harus meningkatkan perkongsian pengalaman dalam penggubalan undang-undang dan tadbir urus negara, serta melonjakkan lagi kerjasama antara badan perundangan ke tahap baharu," tambah beliau.

Xi turut menyeru kedua-dua pihak agar mengukuhkan lagi komunikasi dan koordinasi dalam mekanisme pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, selain membimbing pembaharuan tadbir urus global ke arah yang betul, serta melindungi kepentingan bersama pasaran baru muncul dan negara membangun.

Sementara itu, Matviyenko menyatakan pihaknya bersedia mempertingkat komunikasi dengan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China untuk memberikan jaminan di sisi undang-undang kepada pelaksanaan konsensus yang dicapai antara ketua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan