99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi, Putin Adakan Rundingan di Kremlin

(CRI)Selasa 21 Mac 2023
Xi, Putin Adakan Rundingan di Kremlin

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin, pada Isnin.

Kedua-dua pemimpin mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala, serta isu-isu yang diberikan perhatian bersama.

Xi dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada Putin atas undangannya untuk ke Rusia sambil mengimbau kembali kenangan terhadap lawatan rasminya yang pertama ke negara itu setelah beliau menyandang jawatan Presiden China sepuluh tahun lalu.

"Dalam tempoh sepuluh tahun ini, saya dan Presiden Putin mengekalkan komunikasi yang erat. Setelah saya dipilih semula sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), serta dipilih semula sebagai Presiden China baru-baru ini, Presiden Putin segera mengutus kawat tahniah kepada saya.

“Pemilihan Presiden bakal diadakan di Rusia pada tahun depan. Rusia telah mencapai kemajuan besar di bawah pimpinan Presiden Putin. Saya percaya bahawa rakyat Rusia pasti akan terus memberikan sokongan kukuh kepada anda,” ujar Xi.

Menurutnya, hubungan China-Rusia berkembang ke hari ini mempunyai logik sejarahnya yang mendalam.

“Sebagai negara jiran yang paling besar dan rakan perkongsian strategik komprehensif, hubungan antara China dengan Rusia mempunyai kedudukan keutamaan dalam hubungan serta dasar luar negara masing-masing,” kata Xi.

Beliau berkata China mempertahankan dasar luar yang bebas. Pengukuhan dan pembangunan hubungan dengan Rusia merupakan pilihan strategik China yang berasaskan kepentingan sendiri dan situasi pembangunan dunia.

Xi berpendapat bahawa hala tuju untuk meningkatkan koordinasi strategik antara China dengan Rusia kekal tidak berbelah bahagi.

“China dan Rusia masing-masing berusaha untuk mewujudkan pembangunan dan kemakmuran negara, menyokong multipolarisasi serta mendorong proses demokrasi dalam hubungan antarabangsa.”

“Kedua-dua negara perlu memperkasakan kerjasama praktikal dalam pelbagai sektor, meningkatkan koordinasi dan kolaborasi di platform pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sementara mendorong pembangunan dan kemakmuran di negara masing-masing serta menjadi tunjang utama bagi kedamaian dan kestabilan dunia,” ujarnya lagi.

Putin yang memberikan sambutan hangat terhadap lawatan rasmi Xi ke Rusia turut sekali lagi mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai Presiden China.

Menurutnya, China mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam pembangunan pelbagai bidang dalam tempoh sepuluh tahun lalu.

“Ini disebabkan kepimpinan yang cemerlang Presiden Xi serta membuktikan keunggulan sistem negara dan sistem tadbir urus China.”

“Saya yakin dengan pimpinan kuat Presiden Xi, China akan terus mewujudkan pembangunan dan kemakmuran, mencapai pelbagai matlamat cemerlang yang ditetapkan.”

“Dengan usaha bersama kedua-dua negara kita, hubungan antara Rusia dengan China mencapai hasil yang baik dalam pelbagai bidang,” jelas Putin.

Beliau turut menyatakan bahawa Rusia bersedia untuk terus memperkasakan kerjasama praktikal dua hala, meningkatkan komunikasi dan kolaborasi dalam hal ehwal antarabangsa, serta mendorong multipolarisasi dan mendorong proses demokrasi dalam hubungan antarabangsa.

Dalam rundingan tersebut, kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pendapat berhubung isu Ukraine.

Xi berkata, semakin banyak suara yang damai dan rasional terhadap isu Ukraine dapat didengari, dan kebanyakan negara menyokong untuk meredakan situasi serta mengadakan rundingan damai.

“Dari sudut sejarah, semua konflik diselesaikan melalui dialog dan rundingan pada akhirnya.”

“Tidak lama dahulu, China khusus mengedarkan dokumen pendirian yang menyeru penyelesaian krisis Ukraine secara damai, menentang mentaliti Perang Dingin dan sekatan sepihak.”

“China bersedia terus memainkan peranan bagi mendorong penyelesaian isu Ukraine melalui saluran politik,” ujar beliau.

Putin turut memuji China yang teguh mempertahankan pendirian yang adil, objektif dan seimbang serta menjunjung keadilan dan kesaksamaan dalam isu-isu antarabangsa yang penting.

“Rusia telah meneliti dokumen pendirian China tentang penyelesaian isu Ukraine melalui saluran politik.”

“Kami (Rusia) mengambil sikap terbuka tentang rundingan damai dan mengalu-alukan China memainkan peranan membina dalam perkara tersebut,” tambah Putin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan