99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Mahu SCO Lebih Rapat

(CRI)Isnin 08 Mei 2023

Menteri Luar China, Qin Gang telah menghadiri sidang menteri luar anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Goa, India Jumaat waktu tempatan.

Dalam sidang tersebut, Qin berkata, SCO sebagai pembina yang penting dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau berikrar membentuk komuniti berkongsi nasib SCO yang lebih rapat.

Dalam pada itu, Qin mengemukakan lima cadangan. Pertama, mengekalkan pelaksanaan strategi yang mandiri, meningkatkan kesatupaduan dan rasa saling mempercayai. Kedua, mengintensifkan kerjasama untuk melindungi keamanan serantau. Ketiga, menggalakkan budaya yang terbuka dan inklusif untuk mendorong pembangunan bersama. Keempat, menyokong keadilan dan justifikasi bagi memperbaiki tadbir urus global. Yang terakhir, mempergiat pembinaan mekanisme berdasarkan visi pembangunan untuk jangka masa panjang.

Qin menekankan bahawa China bersedia terus memperluas kerjasama dengan anggota SCO dan berganding bahu dengan negara lain dalam pembangunan negara masing-masing di samping berusaha bersama-sama menuju ke matlamat membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan