99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Tegaskan Peranan Audit dalam Reformasi Diri PKC

(CRI)Rabu 24 Mei 2023

Presiden China Xi Jinping menekankan peranan unik pengauditan dalam reformasi diri Parti Komunis China (PKC) dan memberi arahan untuk memacu sektor pengauditan melakar pencapaian yang berkualiti tinggi pada era baharu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, membuat kenyataan itu semasa mempengerusikan mesyuarat pertama Suruhanjaya Pengauditan Pusat Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 pada petang Selasa.

Semasa mesyuarat itu berlangsung, Xi juga menegaskan sektor pengauditan berperanan penting dalam pembangunan tanah air dan kebangkitan nusa dan bangsa ke arah makmur dan kuat.

"Untuk menjayakan misi dalam tempoh perkhidmatan penggal baharu, Suruhanjaya Pengauditan Pusat dikehendaki berpandukan fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu, mengamalkan konsep pembangunan baharu secara lengkap, tepat dan komprehensif."

"Usaha perlu dilakukan untuk memperhebat perancangan strategik dan reka bentuk peringkat tertinggi dalam bidang pengauditan, dan perkhidmatan penyeliaan yang pantas dan berkecekapan tinggi yang disediakan sektor pengauditan boleh memberi faedah kepada senario gerak kerja PKC dan negara," kata Xi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan