99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pemimpin Badan Utama Serahkan Laporan Kerja kepada Jawatankuasa Pusat PKC dan Setiausaha Agung

(CRI)Jumaat 03 Mac 2023

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Setiausaha Agungnya, Xi Jinping telah menerima laporan kerja yang diserahkan kelompok pemimpin badan utama baru-baru ini.

Kelompok pemimpin tersebut melibatkan ahli Biro Politik dan Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, pucuk pimpinan PKC yang menerajui Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, Dewan Negara dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, serta dua setiausaha PKC yang menerajui Mahkamah Rakyat Tertinggi dan Jabatan Pendakwa Raya Tertinggi.

Tahun 2023 merupakan tahun pertama pelaksanaan hala tuju dan gagasan yang tercapai dalam Kongres Kebangsaan PKC ke-20.

Adalah mustahak untuk memartabatkan fikiran Xi Jinping mengenai amalan sosialisme bercirikan China pada era baharu, dan menegakkan kewibawaan serta mengukuhkan tampuk kuasa Jawatankuasa Pusat PKC yang berteraskan Xi.

Selain itu, hendaklah menyemarakkan semangat bersatu padu untuk mewujudkan permulaan yang baik dan meletakkan asas yang kukuh dalam membangunkan satu negara sosialis yang moden secara menyeluruh dan memperjuangkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China.    

Gaya Hidup

Berita Berkaitan