- Lain-lain
China Capai Kejayaan Besar dalam Arkeologi di Laut Dalam (3)
Pentadbiran Warisan Budaya Negara China menggunakan kapal selam membawa manusia "Deep Sea Warrior" untuk menjalankan penerokaan arkeologi kali pertama ke atas kapal karam No.1 di kawasan perairan Laut China Selatan, pada 20 Mei.
Ia sekali gus menandakan pelancaran misi penerokaan arkeologi terhadap tapak peninggalan kapal karam No.1 dan No.2.
Untuk rekod, di tapak peninggalan kapal karam No. 1 terdapat banyak porselin, dan jumlahnya dianggarkan melebihi 100,000 unit.
Di tapak kapal karam No. 2 pula majoritinya terdiri daripada kayu balak, dan menurut laporan awal, ia disahkan sebagai salah satu bangkai kapal purba yang memuatkan barang dari luar negara dan belayar ke China.
Kedua-dua tapak peninggalan kapal karam tersebut secara relatifnya terpelihara dengan baik, dengan sejumlah besar peninggalan budaya dan era yang agak jelas.
Kesemua peninggalan tersebut yang mempunyai nilai sejarah, saintifik dan seni yang penting, bukan sahaja merupakan kejayaan arkeologi laut dalam buat China, malah juga penemuan arkeologi utama peringkat dunia.