99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Teknologi Amaran Awal Gempa Bumi China Depani Dunia

(CRI)Isnin 15 Mei 2023

Menurut Institut Penyelidikan Pengurangan Bencana Berteknologi Tinggi Chengdu Sichuan, petunjuk teknikal teras seperti masa tindak balas dan kebolehpercayaan teknologi amaran awal gempa bumi dan skala perkhidmatan aplikasi yang diselidik oleh institut itu mendepani dunia. Institut itu telah memberikan perkhidmatan kepada beberapa negara seperti Nepal, Indonesia dan Turkiye.

Selepas gempa bumi dahsyat melanda Wenchuan di provinsi Sichuan, China pada tahun 2008, China meluluskan dan memberikan sokongan kepada siri projek termasuk amaran awal gempa bumi dan teknologi pelaporan pantas intensiti.

Sepanjang 15 tahun yang lalu, rangkaian amaran awal gempa bumi berdasarkan teknologi yang diselidik institut itu telah meliputi 2.4 juta kilometer persegi, dan berjaya membuat amaran sebanyak 76 kali gempa bumi dahsyat.

China kini menjadi negara ketiga di dunia yang mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan amaran gempa bumi kepada awam selepas Mexico dan Jepun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan