99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Gerakkan Bantuan Kecemasan kepada Turkiye dan Syria

(CRI)Jumaat 10 Februari 2023

China akan menyediakan bantuan kecemasan yang bernilai RMB40 juta (RM25.37juta) kepada Turkiye dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kecemasan yang berjumlah RMB30 juta (RM19.02 juta) kepada Syria susulan berlakunya gempa bumi di kedua-dua negara tersebut.

Demikian dimaklumkan Naib Ketua Pengarah Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA), Deng Boqing ketika bertemu dengan Duta Besar Turkiye ke China, Abdulkadir Emin Onen dan Duta Besar Syria, Muhammad Hassanein Khaddam secara berasingan pada Rabu dan Selasa.

Deng berkata, bantuan disumbang China kepada Turkiye membabitkan perkhidmatan pasukan penyelamat yang dilengkapi peralatan berat dan bahan bantuan yang sangat diperlukan.

Selain itu, bantuan kemanusiaan kepada Syria merangkumi wang tunai bernilai AS$2 juta (RM8.61 juta), serta program bantuan bijirin yang sedia ada yang sudah dipergiatkan pelaksanaannya membabitkan bekalan gandum seberat 220 tan yang sudah berada dalam perjalanan dan dua bekalan beras serta gandum seberat lebih 3,000 tan yang akan dimuat dan dihantar mutakhir ini.

Deng menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping telah mengutuskan kawat takziah secara berasingan kepada rakan sejawatnya Recep Tayyip Erdogan dari Turkiye dan Bashar el-Asad dari Syria berhubung gempa bumi dahsyat yang berlaku di selatan Turkiye pada subuh Isnin lalu yang turut mengakibatkan kematian, kecederaan serta kerugian harta dalam bilangan besar di Turkiye dan Syria.

Sementara itu, Onen dan Hassanein turut mensyukuri China dan memuji China yang bertindak pantas dalam memberikan sumbangan yang dilihat penting bagi operasi mencari dan menyelamat di kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan