99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Chongqing, “Bandar Pergunungan” Tempat untuk Parkur

Chongqing, “Bandar Pergunungan” Tempat untuk Parkur
Wen Shunyao menunjukkan aksi parkur di sekitar dermaga Chaotianmen di bandar Chongqing, barat daya China pada 21 April 2023. (Xinhua/Tang Yi)

Chongqing, sebuah bandar yang dibina di kawasan pergunungan, terkenal dengan landskap kota yang turun naik, bertaburan dengan pelbagai rupa binaan. Di metropolis yang terletak di barat daya China ini, jalan raya sering kali dilihat dibina di atas bumbung, dan rel ringan pula laluannya menembusi struktur bangunan.

Dengan kelebihan semula jadi yang sesuai untuk aksi parkur, Chongqing menawarkan kepada penggemar sukan ekstrem ini satu taman permainan untuk mereka mengatasi halangan-halangan dalam kawasan perbandaran dengan cara paling pantas dan cekap tanpa menggunakan alat bantuan.

Wen Shunyao, 32, penyelia sebuah kelab parkur, mula-mula mendapat tahu tentang sukan ini menerusi filem yang ditontonnya pada zaman universiti. Selepas beberapa tahun berlatih, dia berjumpa dengan kenalan-kenalan yang sama meminati sukan parkur. Bersama-sama, mereka telah mengambil bahagian dalam acara pertandingan, dan dengan itulah Wen beransur-ansur menjadi terkenal.

Selepas tamat pengajian di universiti, Wen Shunyao menyalurkan minatnya ke arah kerjaya dan menjadi jurulatih parkur. Kini, kelabnya berstatus institusi latihan parkur profesional dengan lebih 400 orang pelajar. Wen Shunyao juga menghasilkan klip video pendek dengan ahli-ahli kelabnya untuk membolehkan lebih ramai orang mengenali Chongqing dari perspektif penggemar parkur.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan