99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Forum Data Dunia PBB Buka Tirai di Hangzhou

(CRI)Selasa 25 April 2023

Forum Data Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) keempat yang bertemakan Towards Data that Empowers Our World membuka tirainya di bandar Hangzhou, provinsi Zhejiang China pada Isnin.?

Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah yang disampaikan sempena perasmian forum tersebut menyifatkan pembangunan mampan sebagai pilihan wajar untuk kemakmuran dan kemajuan masyarakat manusia, manakala pembangunan global yang kukuh, hijau, dan sihat merupakan aspirasi bersama rakyat di serata dunia.

"China merupakan penyokong dan pelaksana Agenda PBB 2030 bagi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan berpegang kepada konsep pembangunan baharu yang inovatif, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi."

"China sentiasa menaiktarafkan infrastruktur digital, menambahbaik sistem asas data serta meningkatkan pembinaan kapasiti statistik, dan secara aktif berkongsi pengalaman dalam memantau matlamat pembangunan mampan negara ini."

"China komited berusaha bersama dengan negara-negara lain untuk memperkasa kerjasama dalam bidang data antarabangsa, menyumbang kepada pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 melalui 'tadbir urus data', serta membentuk landskap kerjasama antarabangsa yang terbuka dan mewujudkan situasi sama menang dalam bidang data bagi menggalakkan pembangunan dan kemajuan bersama semua negara," katanya lagi.

Untuk rekod, Forum Data Dunia PBB yang dijadual berlangsung selama empat hari ini terdiri daripada enam mesyuarat pleno dan 72 sesi selari.

Lebih daripada 1,000 wakil dari lebih 100 negara dan wilayah akan menghadiri forum tersebut secara fizikal, manakala melebihi 8,000 wakil akan mengambil bahagian secara dalam talian.

Selain itu, kawasan pameran seluas 2,000 meter persegi yang merangkumi lima bahagian yang masing-masing bertema: Visi Global, Statistik Pintar China, Zhejiang Digital, Praktik Hangzhou, dan Industri Data juga disediakan dalam forum edisi ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan