99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Menentang Sekatan AS ke atas Sejumlah Syarikat Domestiknya

(CRI)Isnin 17 April 2023

China menentang sekatan sepihak Amerika Syarikat (AS) ke atas sejumlah syarikat domestiknya yang didakwa mempunyai kaitan dengan Rusia.

Demikian kata jurucakap Kementerian Perdagangan China pada 15 April sebagai respons terhadap tindakan AS yang menyenaraihitamkan sejumlah syarikat China berkenaan baru-baru ini.

"Tindakan AS itu tidak mempunyai asas undang-undang antarabangsa atau diberi mandat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

"Sekatan AS tersebut menjadikan hak dan kepentingan milik syarikat China yang sah terjejas teruk, manakala keselamatan dan kestabilan rantaian bekalan dan perindustrian global terkesan."

"China menggesa AS untuk segera membetulkan kesalahannya dan menghentikan penindasan yang tidak rasional terhadap syarikat China."

"China akan mempertahankan dengan tegas hak dan kepentingan milik syarikat domestik," kata jurucakap itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan