99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

AS Digesa Batalkan Sekatan Sepihak

(CRI)Selasa 21 Mac 2023

China mendesak negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) mendengar seruan masyarakat antarabangsa untuk segera membatalkan sekatan sepihak, dan menghormati hak asasi manusia negara lain dan undang-undang antarabangsa.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam.

Menurut laporan berkenaan, pelapor khas Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi isu sekatan paksa sepihak, Du Han baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang peka akan langkah sekatan sepihak dilakukan AS terhadap individu dan entiti dari luar wilayahnya seperti larangan masuk wilayah dan pembekuan aset, yang dilihat menjadikan hak kerja dan hak bergerak bebas milik individu dan entiti berkenaan terjejas. Sesetengah langkah tersebut mungkin tidak selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Pada waktu yang sama, pelapor khas bagi isu hak bijirin, Falih dalam mesyuarat ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia PBB juga menunjukkan bahawa terdapat gejala hak asasi manusia terjejas akibat sekatan sepihak yang dilaksanakan oleh sesetengah negara, dan negara-negara yang dikenakan sekatan sepihak itu menjadi semakin lemah dalam menghadapi krisis bijirin.

Wang berkata, negara Barat seperti AS yang berlagak menggelarkan diri sebagai “Menara Api Hak Asasi Manusia”, sebenarnya asyik bertudung hak asasi melakukan sekatan sepihak dan mencabuli hak asasi manusia negara lain di seluruh dunia. Sudah lama dilaung slogan yang menentang sekatan sepihak di pentas antarabangsa. Masalah itu perlu dihadapi secara serius oleh agensi hak asasi manusia pelbagai pihak yang berkenaan, tegas Wang.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan