99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kumpulan Pertama Durian Diangkut Filipina ke China

Foto yang diambil pada September 2022 ini menunjukkan durian di sebuah kedai buah-buahan di Guangxi, China. (foto: Zhao Huan/Xinhua)

Foto yang diambil pada September 2022 ini menunjukkan durian di sebuah kedai buah-buahan di Guangxi, China. (foto: Zhao Huan/Xinhua)

Filipina telah mengangkut kumpulan pertama buah durian segar ke China, tiga bulan selepas kedua-dua negara menandatangani protokol mengeksport “raja buah”, kata Kedutaan China di Manila Sabtu lalu.

Durian kumpulan ini adalah daripada pengeluar dan pemproses di wilayah Davao, di selatan Filipina. Semuanya telah memenuhi syarat ketat untuk memasuki pasaran China, demikian kata Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) Filipina, yang turut menambah bahawa lebih banyak kumpulan durian akan diangkut ke China pada masa depan melalui pengangkutan udara atau kapal.

Perkembangan terbaharu ini bertujuan membantu petani merealisasikan impian mereka dan memberi manfaat benar-benar kepada rakyat kedua-dua negara, kata Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian dalam media sosial.

Pada Januari tahun ini, China dan Filipina telah memeterai perjanjian dagangan mengenai eksport durian segar, membuka pasaran China yang berkembang pesat untuk buah tropika yang luas ditanam di rantau Asia Tenggara.

Kerajaan Filipina komited mengambil langkah diperlukan untuk memastikan buah-buahan untuk dieksport berkualiti tinggi. PCO berkata bahawa, perjanjian ini dijangka menjana pendapatan berjuta-juta dolar AS untuk industri durian tempatan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan