99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Filipina Adakan Mesyuarat Ke-7 BCM

(CRI)Isnin 27 Mac 2023

Naib Menteri Luar China, Sun Weidong dan rakan sejawatnya dari Filipina, Lazaro bersama-sama mempengerusikan mesyuarat ke-7 Mekanisme Rundingan Dua Hala (BCM) bagi Isu Laut China Selatan (LCS) pada Jumaat lalu.

Berlangsungnya mesyuarat ini mencerminkan kata sepakat penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara melibatkan isu LCS.

Kedua-dua pihak China dan Filipina menyanjung tinggi pembangunan hubungan bilateral, menegaskan akan meneruskan pelaksanaan konsensus penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara dalam isu tersebut. Sementara itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan secara ikhlas dan mendalam tentang situasi LCS yang menarik perhatian masing-masing, dan bersetuju mengambil tindakan mengawal diri, memanfaatkan saluran badan diplomatik berkenaan, terus menyempurnakan BCM, meningkatkan interaksi pelbagai peringkat, menangani perselisihan melalui rundingan persahabatan serta menguruskan perkara darurat maritim secara baik.

China dan Filipina bersetuju terus memanfaatkan BCM, mendorong kerjasama substantif dalam bidang diplomatik, pertahanan, polis maritim, gas minyak asli, perikanan, maritim, penyelamatan maritim, pengajian sains lautan dan perlindungan alam sekitar.

Kedua-dua pihak menekankan bahawa “Deklarasi Tingkah Laku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan” perlu dilaksanakan secara menyeluruh, manakala pelbagai pihak dikehendaki mempercepat langkah dan mendorong rundingan “Kod Tingkah Laku Laut China Selatan” (COC) untuk bersama-sama melindungi keamanan dan kestabilan LCS.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan