- Lain-lain
Produk Guangxi Dipamerkan di Singapura (4)
Ruang pamer Wuling Motors. (Foto ihsan Jabatan Perdagangan Guangxi) |
Jerayawara Ekspo China-ASEAN 2023 yang bertema “Bawa Produk Guangxi ke Luar Negara” berlangsung di Singapura pada 4 April hingga 5 April lalu. Ini kali pertama pameran produk Guangxi dianjurkan di luar China, dan menjayakan termeterainya beberapa perjanjian komersial bagi produk keluaran Guangxi.
Dimaklumkan bahawa, nilai import dan eksport antara Guangxi dan Singapura mencatat 6.85 bilion yuan (4.38 bilion ringgit) pada 2022, iaitu meningkat 99.1% tahun ke tahun. Barang eksport Guangxi dilihat banyak bertindan dengan barang import Singapura.
Pameran ini memfokuskan permintaan pasaran di negara itu, dengan sebanyak 72 perusahaan Guangxi memaparkan produk mereka. Ratusan barangan keluaran Guangxi termasuk Teh Liubao dari Wuzhou, Teh Jasmine dari Hengzhou, Mee Siput dari Liuzhou, Pes Bijan Hitam Nanfang, Mutiara Hepu dari Beihai, Tembikar Nixing, dan basikal elektrik telah dipilih sebagai produk premium untuk dipamerkan.